Thursday, January 14, 2010

MNL - Second round

salam


the second round of the Men's Netball League - MNL will take place tomorrow nite, Friday 15 January 2010, from 8pm at the same location i.e. Indoor Court, LLM, Bangi. If you are still not sure where the place is, here is a map to help you out. Do come and see us playing.





The first round of the League took place last Friday, 8 January 2010. Seven teams are participating in this League. After the first round, the position of the participating teams is as follows:

No/Team - Jaringan/Kena/Points

1. Royale - 43/22/6
2. Legend Premium - 25/14/6
3. Cobra Alpha - 31/31/3
4. Legend Deluxe - 24/22/3
5. Phoenix - 21/23/3
6. Cobra Bravo - 17/32/0
7. GM - 14/31/0


See u there for the second round. And good luck to COBRA Alpha and Bravo.

TQ.

Wednesday, January 13, 2010

Dari Meja Manager



salam

ketemu lagi dari Meja Pengurus.... pejam celik pejam celik dah sampai tahun baru 2010. Saya percaya setiap orang sudah memasang angan-angan dan cita-cita baru pada tahun 2010 ini. Bagaimana dengan azam tahun 2009, sudah tercapaikah matlamat anda? Tidak kiralah sama ada sudah tercapai atau belum, yang pasti cita-cita dan matlamat seharusnya kena ada dalam setiap kita yang bergelar manusia.




Berakhirnya tahun 2009 bermakna genaplah tiga tahun usia COBRA di persada. Dalam usia yang boleh dikatakan setahun jagung, banyak juga kenangan manis dan pahit yang sama-sama kita harungi dari peringkat mula ditubuhkan hinggalah ia berkembang menjadi satu organisasi yang besar. Apa yang membanggakan kami di sini ialah kesetiaan ahli-ahli COBRA yang 'pioneers' yang bertungkus lumus membangunkan COBRA, mereka ini masih lagi setia dan tidak jemu-jemu bersama-sama untuk melihat COBRA naik dan berkembang maju. Alhamdulillah 10 orang pioneers COBRA ini masih ada dan setia bersama. Turut membanggakan kami adalah kemasukan ahli baru semakin bertambah, mereka datang dari pelbagai latarbelakang yang berbeza yang turut menambahkan lagi warna-warna dalam COBRA.

Untuk tahun 2010, pelbagai aktiviti telah dirancang dengan teliti dan bakal dilaksanakan bermula dengan bulan Januari, antaranya:




1) Majlis bacaan Yasin dan Solat Hajat - majlis ini telah dilangsungkan pada 9 Januari yang lalu di rumah saya dengan kehadiran kira-kira 30 orang ahli COBRA dan d'Eagles. Pada majlis ini, kami mengadakan sembahyang solat Maghrib dan Isyak berjemaah serta solat sunat hajat minta dijauhi daripada perkara-perkara buruk dan hasad dengki khianat manusia. Bacaan yasin juga turut diadakan. Selesai solat Isyak, para tetamu telah dijamu dengan pelbagai hidangan makan malam yang telah disediakan dan yang turut dibawa oleh tetamu.



2) Men's Netball League (MNL) - satu alternatif kepada perkembangan bola jaring lelaki yang telah dicetuskan oleh Kak Bed (coach dan pengurus Phoenix), Kak Mazlah selaku ketua pengadil Kebangsaan dan beberapa orang dari Team Legend, GM dan Phoenix sendiri. Untuk COBRA, kami diwakili oleh tiga orang yang menjadi AJK bersama bagi melaksanakan Liga ini iaitu saya sendiri (Fai), Shah dan Wana. Untuk makluman, pusingan pertama Liga ini telahpun bermula pada Jumaat yang lalu 8 Januari 2010, pusingan kedua akan berlangsung Jumaat ini 15 Januari 2010, di lokasi yang sama iaitu Indoor Court, LLM, Bangi. Sama-samalah kita menyokong semoga usaha ini menjadi pemangkin kepada perkembangan bola jaring lelaki di Malaysia.




3) Skytrex - setiap tahun kami akan melaksanakan aktiviti lasak yang mencabar diri sendiri agar menjadi lebih kental bagi menghadapi segala halangan dan rintangan. Mengikut perancangan awal kami, aktiviti ini bakal menjengah pada 24 Januari 2010. Target dan tujuan utama aktiviti ini adalah kepada ahli-ahli baru dan yang belum melaksanakan lagi aktiviti lasak ini. Berdasarkan kepada maklumat dari ketua program ini iaitu saudara KZ, aktiviti Skytrex kali ini adalah lebih mencabar dari yang dulu dan kedudukan cabaran-cabaran juga adalah lebih tinggi.



Semoga kehadiran 2010 akan memberi kejayaan berganda kepada kami. Semoga ahli-ahli yang bernaung di bawah payung COBRA akan mencapai kepuasan dan bersatu demi mempertahankan keutuhan yang telah kita bina ini. Akhir kata dari saya, "Bersukanlah selagi anda sihat dan mampu". Jadilah diri anda yang jujur, jangan sesekali jadi duri dalam daging, yang kelak akan membusuk dan menjadi busung bernanah yang kelak mengganggu orang lain.

Sekian, wassalam.

Thursday, January 7, 2010

Men's Netball League - MNL


salam

as you might be aware of (if you are a follower of men's netball then u shud already know by now), the Men's Netball League or MNL will start tomorrow at Indoor Court, LLM, Bangi. COBRA will be sending two teams i.e. Alpha and Bravo. The League will be carried out during three weeks this month that is to be exact, on each Friday night i.e. 8 January, 15 January and 22 January 2010.



terdapat pelbagai matlamat di sebalik penganjuran Liga ini. tujuan utamanya ialah untuk menghasilkan satu environment yg positif di antara pasukan2 bola jaring lelaki di Malaysia dengan menjadikan liga ini satu platform untuk beriadah dan mengeratkan silaturrahim. keduanya adalah untuk menaiktaraf sukan bola jaring lelaki di Malaysia, yang agak kurang mendapat publisiti dan 'recognition' yang sepatutnya. dan yg ketiga adalah untuk menentukan 'ranking' sebenar pasukan-pasukan bola jaring lelaki yang sedia ada.



Liga ini merupakan satu fenomena baru di Malaysia, rasanya girls pun tidak ada liga. Insyaallah ianya akan terus diadakan dari semasa ke semasa, mungkin dua atau tiga kali setahun. Liga ini akan dapat menentukan kedudukan pasukan masing-masing di dalam sukan bola jaring lelaki di Malaysia. This is the reason why konsep MNL ialah 'round robin' iaitu semua pasukan akan berjumpa semua pasukan. That is the only way to prove that you are the best, isn't it? Barulah adil dan puas main. Hopefully liga ini akan dapat menarik lebih ramai org untuk join sukan bola jaring lelaki.

Anyway, good luck to both teams Cobra yg akan participate. It is a good thing that Cobra is part of this history in the making. Insyaallah!

Friday, January 1, 2010

selamat tahun baru 2010

salam
to all readers, we would like to wish you, selamat tahun baru 2010. may year 2010 bring us more success and happiness. all the best to COBRA!




Monday, December 21, 2009

paling susah = paling penting?


salam
lama nyer tak update blog....bersawang dah ni ha huhu....bukan takde benda nak update, mmg byk sgt nak update....cobra ni biasa la kan aktiviti melampau2, netball tu mmg wajib la every week, plus ngan aktiviti2 sampingan i.e. wayang, teater, jalan2, makan2, etc....tapi kalau nak update pun tanpa gambar tak best lar pulak....emmm maybe pasni kena bawak kamera all the time la then baru leh amik pics and stori mori....anyway, since poll kita pasal position netball yg paling susah dah pun ditutup, ha ok la kot nak update sket tentang result poll. keputusan poll adalah seperti berikut:
C - 40%
WA - 27%
GK - 22%
GS - 18%
GD - 18%
GA - 9%
WD - 9%
seperti yang telah dijangkakan, posisi C adalah posisi yg paling susah dalam sukan bola jaring, well kalau nak ikut pada poll ni la. secara logiknya, betul jugak, pasal C ni kena cover the whole court. penat okay, sapa yg main position C tu tau lar....and it is not just about fitness, jadi C ni ibarat jadi leader of the team gak, sebab C yang menggerakkan team. so position C bukan sekadar susah tapi penting....kata org, nadi pasukan gitu.....posisi yg kedua susah menurut poll ni adalah WA....emmm kenapa yerrrr.....tugas utama WA adalah utk feed bola kepada shooters.....kalau WA tak dapat lepas ngan WD yg jaga dia, mmg attacking susah nak lepas....so WA ni pun bukan setakat kena lincah, tetapi kena pandai acah2, atau dalam bahasa netball nyer, dodging.... mmg kalau kita tgk kebanyakan WA yg terer, mmg diorang pandai dodging....letih okay nak jaga....
tetapi poll ni sekadar bertanya tentang posisi yg paling susah, bukan posisi yg paling penting. paling susah tak bermakna paling penting. kalau kita lihat kepada senario sekarang ni, kebanyakan team bola jaring lebih kurang sama jer kuatnyer. tapi yg membezakan dan menentukan sapa kalah dan menang adalah SHOOTERS. tak kesah la team tu ada defenders yg hebat tahap world pun, attackers dah menang best players 10 kali pun, tapi kalau takde shooters yg bagus, takyah lar nak berangan boleh menang. peranan shooters ni terlampau la penting, maha penting..... bila bola dah sampai kat shooters, tapi tak masuk net, alahai...the whole team boleh ilang semangat....
ni actually pengalaman cobra berdasarkan kepada kejohanan ksn baru2 ni. prestasi cobra adalah tidak berapa memberangsangkan. tu yg mcm malas nak update blog huhu....takper takper....no worry, cobra akan naik balik, takde masalah. bukan berlagak tapi kita yakin. insyaallah, berkat usaha dan kesabaran, akan ada hasilnya nanti.... tungguuuu....cewahhh mcm nak promote movie baru la pulak.....

Wednesday, December 2, 2009

Dari Meja Manager

Salam

Bertemu kembali di ruangan Dari Meja Manager.....sudah agak lama saya tidak menghantar entry kepada moderator. Bukan merajuk atau mengelat, tetapi keinginan untuk menulis terpaksa dipendamkan di atas kesibukan dengan kerja-kerja di pejabat. Walau bagaimanapun, blog Cobra tetap sentiasa meriah dengan pelbagai cerita dan aktiviti. Terima kasih kepada moderator dan kesemua yang telah menyumbang menyemarakkan lagi blog ini.




Sepanjang sebulan dua ini, pelbagai isu telah kami hadapi di Cobra. Saya pasti, semua pengikut bola jaring lelaki di luar sana telah mengetahui tentang the latest issue. Tidak ada apa yang perlu dihairankan kerana setiap yang bertemu pastinya akan berpisah. Tidak kiralah bagaimana ia berakhir, yang pastinya perjuangan perlu diteruskan. Apa yang penting pada setiap ahli, mereka perlu menanam sikap yang ikhlas dan jujur, tidak kira samada dalam games mahupun dalam persahabatan. Tetapi jika tidak mampu, elok lah bermuhasabah diri sebab bimbang jika disimpan orang-orang sebegini, kelak akan memudaratkan orang lain dan merosakkan industri kita. Ini adalah kerana kami yang lama pastinya akan berundur dan yang baru akan mengambil alih teraju kepimpinan.



Syukur alhamdulillah kepada Allah s.w.t di sebalik ujian dan dugaan yang diberikan, ada hikmah yang tersembunyi. Perhubungan di antara kami semakin rapat dan kehadiran ahli-ahli baru sentiasa ada. Cumanya pemilihan selepas ini perlu diperketatkan lagi agar "pisang tidak berbuah dua tiga kali". Kepada ahli-ahli baru, sedikit pesanan "No Drama Please!". Just concentrate on the training. Bersukanlah seperti biasa selagi anda mampu dan untuk kesihatan tubuh badan.




Berbalik kepada aktiviti-aktiviti Cobra, secara peribadi dan on behalf of Cobranian yang lain, saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Ketua Sambutan Hari Keluarga Cobra iaitu Saudara Golek dan Cik Na serta AJK mereka yang telah berjaya menganjurkan sambutan hari keluarga dengan jayanya pada 8 November yang lepas. Pelbagai acara telah diadakan. Terasa seperti "back to school" semasa bermain pelbagai games tradisional ini. Seramai 50 ahli Cobra dan keluarga/rakan telah hadir memeriahkan sambutan hari keluarga ini. Peserta-peserta telah dibahagikan kepada empat kumpulan iaitu Rumah Merah, Biru, Hijau dan Kuning. Tahniah kepada Rumah Hijau yang telah berjaya menjadi Juara Keseluruhan. Insyaallah, pada Januari 2010 akan diadakan Annual Dinner Cobra di mana hadiah2 kepada yang menang akan disampaikan.




Saya ingin juga menyentuh tentang satu lagi fenomena yang akan berlaku di dalam Men's Netball pada bulan Januari 2010 yang akan datang. Satu Kejohanan berbentuk Liga Bola Jaring akan dianjurkan. Jika ianya menjadi kenyataan, sekurang-kurangnya akan adalah satu tempat dan pentas kepada bola jaring lelaki untuk mengembangkan bakat seterusnya membuka mata banyak pihak. Liga ini juga akan memberi peluang kepada semua team bola jaring lelaki untuk berentap dan menentukan kedudukan sebenar masing-masing di dalam sukan ini.




Jutaan terima kasih kepada Cik Mazlah selaku ketua umpire kerana sudi menjadi committee, dan tidak lupa juga kepada pencetus idea Kejohanan Liga ini iaitu Puan Zabedah Ghani, coach KL Tower kerana sudi berkongsi idea. Sorry ya Kak Bed saya promosi dulu!!! Bukan apa, saya teruja dan berharap sangat supaya semua team netball lelaki dapatlah sama-sama join Liga ini dan seterusnya memberi idea untuk kepentingan dan kemajuan kita bersama. Jika tiada halangan, Kejohanan Liga Bola Jaring ini akan bermula pada bulan Januari 2010.




Sebelum berundur, saya juga ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Saudara Nizam @ Boboi yang telah sudi mempromosikan Cobra di dalam paper Mingguan Malaysia pada Ahad yang lepas. Tahniah kerana berjaya terpilih menjadi model mingguan untuk ruangan Jejaka Kacak Bergaya. Tak sangka, multitalented rupanya budak2 Cobra ni. Kami tumpang bangga dan wish u all the best.



Semoga kita bertemu lagi di lain waktu. Akhir kata dari saya, yang baik itu dari Allah s.w.t. dan yang buruk itu dari saya sendiri. Semoga kita ketemu di KSN Open yang akan berlangsung pada 13 Disember 2009. Insyaallah.

Sekian.

Tuesday, December 1, 2009

cobra masuk paper lagi....


salam

buat suspen jer kan tajuk kat atas tu huhu.....ari minggu baru ni, member2 cobra sibuk la heboh suruh pi beli mingguan malaysia. awal2 pagi lagi sms dah masuk hp, cepat gi beli paper utusan, nanti abis.....kata nya cobra masuk paper lagi.....aikkk pelik la pulak..... apsal laks ada citer cobra kat paper ni.....rasa nyer dah lama takde tournament.....so citer apa pulak....




ha tu diaaaaa .... saudara nizam kita @ boboi masuk Mingguan Malaysia, ruangan Jejaka Kacak Bergaya kat Pancaindera.... fulamakkkkk....hebat tuuuuu......dah jadi model fuyoooo...... siap promote bola jaring and cobra lagik.....caya lahhhh.....tak sangka hebat gak boboi ni, siap kuar paper tuuu..... bukan setakat lincah dan hebat di court netball, tapi dah jadi model tuuu..... anyway, thank you to boboi sebab promote cobra kat paper ekkk..... mudah-mudahan murah rezeki cobra lepas ni.... aminnn!!!




and to boboi, dengar nyer dah makin ramai peminat.....so, all the best to u dlm bidang terbaru yang diceburi ni.....murah rezeki you hendaknyer.....tapi bila dah fames nanti, jangan pulak lupa kami di cobra yer kwang kwang kwang.....

ps: nak mintak autograph boleh ker??? hehe.....