Friday, October 23, 2009

from the Captain's eyes....



Assallamualaikum

Selalunya the Manager Saudara Faizuri yang selalu bagi komentar/update mengenai aktiviti-aktiviti Cobra, tetapi kali ini tangan ni terasa gatal pulak hendak memberikan ulasan serba sedikit daripada kaca mata seorang Kapten. Saya telah dilantik sebagai Kapten Cobra dari hari pertama lagi Cobra ditubuhkan. Tugas saya ialah menyelia pasukan Cobra dari segi latihan, pemilihan pemain serta pembentukan skuad. Selama hampir 3 tahun menjadi Kapten, banyak pengalaman pahit dan manis yang telah ditempuhi.



Harus diakui, bukan senang menjadi Kapten ni, sebab kejayaan serta kegagalan sebuah pasukan itu diletakkan di atas bahu Kapten. Sebarang keputusan yang diambil itu boleh mendatangkan kesan yang positive ataupun negative kepada sesuatu pasukan. Walaubagaimanapun saya bersyukur ke hadrat ilahi, bahawa rakan-rakan sepasukan banyak memberi semangat serta kerjasama sepanjang saya memegang jawatan kapten.




Permainan bola jaring ini merupakan satu permainan berpasukan yang memerlukan tahap kerjasama yang tinggi. Setiap pemain yang menyarung “bips” memainkan peranan yang amat penting bagi mengerakkan permainan. Tiada istilah “SUPERSTAR” dalam permainan bola jaring. Setiap pemain saling memerlukan antara satu sama lain. Disebabkan peraturan sukan ini yang sangat unik, ia telah menjadikan sukan bola jaring antara sukan yang paling menarik. Tidak heranlah sekarang ramai penggemar2 sukan terutamanya dari golongan lelaki berminat untuk menceburi sukan ini.



Sebagai salah seorang perintis dalam pasukan Cobra, saya amat berbangga dengan kejayaan yang dikecapi ini walaupun umur Cobra barulah setahun jagung kalau hendak dibandingkan dengan pasukan-pasukan netball hebat yang lain. Kerjasama yang telah diberikan dari pihak pengurusan, training team which includes all the asst. captain serta ahli-ahli Cobra yang lain sangatlah membanggakan. Kejayaan yang dikurniakan oleh Alllah S.W.T ini amatlah tidak diduga sama sekali kerana jika dilihat pada awal kemunculan Cobra, kami hanyalah merupakan kumpulan belasahan sahaja. Masih segar lagi di ingatan betapa sukarnya even nak dapat satu gol pun di dalam satu-satu kejohanan yang kami sertai. Tetapi syukur ke hadratnya, berkat usaha, keihklasan serta kerja keras kami, semuanya membuahkan hasil.






Moto Cobra “It’s all about the passion of Netball and team spirit”. Berpegang kepada moto ini, semua ahli Cobra yang menyarungkan jersi pasukan membawa dengan bangga nama pasukan COBRA itu sendiri. Setiap kemenangan akan sentiasa dikongsi bersama semua ahli tidak mengira posisi, pangkat serta kebolehan. Segala kemungkinan yang berlaku adalah datang daripaNYA jua. So at the end of the day, tidak kira apa pun keputusannya, it’s all about FRIENDSHIP, COMMUNICATION, TOGETHERNESS and SINCERITY. Menang atau kalah adalah adat permainan but what is most important is the PASSION OF PLAYING NETBALL dan meningkatkan martabat sukan Bola Jaring di Malaysia.



Untuk semua ahli-ahli Cobra yang lain, teruskan usaha dan sentiasa be “humble”. If we be TRUE to ourselves dan sentiasa kekalkan sikap2 positive sedia ada, Insya-ALLAH Cobra will be fine. We Cobra will definitely be here to stay! Insya-Allah.


Salam

Shaharezan Shahadin, Kapten.

0 comments:

Post a Comment