KSN NETBALL TOURNAMENT- COBRA ALPHA JUARA

26 Julai 2011 – Tahniah COBRA Alpha! Tiada kata-kata yang terucap sebaik pasukan COBRA Alpha berjaya menjulang gelaran Juara bagi Kejohanan KSN 2011 di Stadium Juara, Bukit Kiara Ahad lalu.

COBRA - JUARA USM-PENANG INTERNATIONAL NETBALL OPEN 2011

1st November 2011- Tahun 2011 terus menjadi tahun kebangkitan COBRA apabila satu demi satu kejohanan utama bola jaring tanah air mula menjadi genggaman COBRA. Selepas mengejutkan pasukan dominan bola jaring lelaki, Royale pada Kejohanan Kompleks Sukan Negara (KSN) dengan mata 14-6 untuk bergelar johan, rentak sang juara diteruskan pula dalam Kejohanan Antarabangsa USM Open.

COBRA ANGELS –Naib Juara Hari Belia Selangor 2011

16th May 2011- Tahniah diucapkan kepada pasukan COBRA Angels yang telah menjadi naib juara di Kejohanan Bola Jaring Hari Belia Selangor 2011 yang telah berlansung pada sabtu lepas. Dibarisi oleh Hajar (GS), Mira (GA), Shikin (wa) Annum (C), Fateen (WD), Yong (GD) and Piah (GK) menunjukkan prestasi yang sangat memberangsangkan di dalam kejohanan pertama mereka menyarung jersi COBRA..

COBRA Juara di Kejohanan Bola Jaring Terbuka Puteri UMNO Malaysia

Kolaborasi pertama kali antara Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Cobra, MySihat dan Pergerakan Puteri UMNO Wilayah Persekutuan menganjurkan Kejohanan Bola Jaring Terbuka Puteri UMNO Malaysia 2012 nampaknya beroleh kejayaan cemerlang

COBRA dominasi Karnival Bola Jaring Harian Metro Zon Tengah

COBRA bukan sahaja menjadi pasukan yang menghantar kontijen terbesar ke Karnival Bola Jaring Harian Metro bagi Zon Tengah, bahkan mendominasi kejohanan itu dengan tiga kemenangan.

Latest Posts


salam
lama nyer tak update blog....bersawang dah ni ha huhu....bukan takde benda nak update, mmg byk sgt nak update....cobra ni biasa la kan aktiviti melampau2, netball tu mmg wajib la every week, plus ngan aktiviti2 sampingan i.e. wayang, teater, jalan2, makan2, etc....tapi kalau nak update pun tanpa gambar tak best lar pulak....emmm maybe pasni kena bawak kamera all the time la then baru leh amik pics and stori mori....anyway, since poll kita pasal position netball yg paling susah dah pun ditutup, ha ok la kot nak update sket tentang result poll. keputusan poll adalah seperti berikut:
C - 40%
WA - 27%
GK - 22%
GS - 18%
GD - 18%
GA - 9%
WD - 9%
seperti yang telah dijangkakan, posisi C adalah posisi yg paling susah dalam sukan bola jaring, well kalau nak ikut pada poll ni la. secara logiknya, betul jugak, pasal C ni kena cover the whole court. penat okay, sapa yg main position C tu tau lar....and it is not just about fitness, jadi C ni ibarat jadi leader of the team gak, sebab C yang menggerakkan team. so position C bukan sekadar susah tapi penting....kata org, nadi pasukan gitu.....posisi yg kedua susah menurut poll ni adalah WA....emmm kenapa yerrrr.....tugas utama WA adalah utk feed bola kepada shooters.....kalau WA tak dapat lepas ngan WD yg jaga dia, mmg attacking susah nak lepas....so WA ni pun bukan setakat kena lincah, tetapi kena pandai acah2, atau dalam bahasa netball nyer, dodging.... mmg kalau kita tgk kebanyakan WA yg terer, mmg diorang pandai dodging....letih okay nak jaga....
tetapi poll ni sekadar bertanya tentang posisi yg paling susah, bukan posisi yg paling penting. paling susah tak bermakna paling penting. kalau kita lihat kepada senario sekarang ni, kebanyakan team bola jaring lebih kurang sama jer kuatnyer. tapi yg membezakan dan menentukan sapa kalah dan menang adalah SHOOTERS. tak kesah la team tu ada defenders yg hebat tahap world pun, attackers dah menang best players 10 kali pun, tapi kalau takde shooters yg bagus, takyah lar nak berangan boleh menang. peranan shooters ni terlampau la penting, maha penting..... bila bola dah sampai kat shooters, tapi tak masuk net, alahai...the whole team boleh ilang semangat....
ni actually pengalaman cobra berdasarkan kepada kejohanan ksn baru2 ni. prestasi cobra adalah tidak berapa memberangsangkan. tu yg mcm malas nak update blog huhu....takper takper....no worry, cobra akan naik balik, takde masalah. bukan berlagak tapi kita yakin. insyaallah, berkat usaha dan kesabaran, akan ada hasilnya nanti.... tungguuuu....cewahhh mcm nak promote movie baru la pulak.....
[ Read More ]

Salam

Bertemu kembali di ruangan Dari Meja Manager.....sudah agak lama saya tidak menghantar entry kepada moderator. Bukan merajuk atau mengelat, tetapi keinginan untuk menulis terpaksa dipendamkan di atas kesibukan dengan kerja-kerja di pejabat. Walau bagaimanapun, blog Cobra tetap sentiasa meriah dengan pelbagai cerita dan aktiviti. Terima kasih kepada moderator dan kesemua yang telah menyumbang menyemarakkan lagi blog ini.




Sepanjang sebulan dua ini, pelbagai isu telah kami hadapi di Cobra. Saya pasti, semua pengikut bola jaring lelaki di luar sana telah mengetahui tentang the latest issue. Tidak ada apa yang perlu dihairankan kerana setiap yang bertemu pastinya akan berpisah. Tidak kiralah bagaimana ia berakhir, yang pastinya perjuangan perlu diteruskan. Apa yang penting pada setiap ahli, mereka perlu menanam sikap yang ikhlas dan jujur, tidak kira samada dalam games mahupun dalam persahabatan. Tetapi jika tidak mampu, elok lah bermuhasabah diri sebab bimbang jika disimpan orang-orang sebegini, kelak akan memudaratkan orang lain dan merosakkan industri kita. Ini adalah kerana kami yang lama pastinya akan berundur dan yang baru akan mengambil alih teraju kepimpinan.



Syukur alhamdulillah kepada Allah s.w.t di sebalik ujian dan dugaan yang diberikan, ada hikmah yang tersembunyi. Perhubungan di antara kami semakin rapat dan kehadiran ahli-ahli baru sentiasa ada. Cumanya pemilihan selepas ini perlu diperketatkan lagi agar "pisang tidak berbuah dua tiga kali". Kepada ahli-ahli baru, sedikit pesanan "No Drama Please!". Just concentrate on the training. Bersukanlah seperti biasa selagi anda mampu dan untuk kesihatan tubuh badan.




Berbalik kepada aktiviti-aktiviti Cobra, secara peribadi dan on behalf of Cobranian yang lain, saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Ketua Sambutan Hari Keluarga Cobra iaitu Saudara Golek dan Cik Na serta AJK mereka yang telah berjaya menganjurkan sambutan hari keluarga dengan jayanya pada 8 November yang lepas. Pelbagai acara telah diadakan. Terasa seperti "back to school" semasa bermain pelbagai games tradisional ini. Seramai 50 ahli Cobra dan keluarga/rakan telah hadir memeriahkan sambutan hari keluarga ini. Peserta-peserta telah dibahagikan kepada empat kumpulan iaitu Rumah Merah, Biru, Hijau dan Kuning. Tahniah kepada Rumah Hijau yang telah berjaya menjadi Juara Keseluruhan. Insyaallah, pada Januari 2010 akan diadakan Annual Dinner Cobra di mana hadiah2 kepada yang menang akan disampaikan.




Saya ingin juga menyentuh tentang satu lagi fenomena yang akan berlaku di dalam Men's Netball pada bulan Januari 2010 yang akan datang. Satu Kejohanan berbentuk Liga Bola Jaring akan dianjurkan. Jika ianya menjadi kenyataan, sekurang-kurangnya akan adalah satu tempat dan pentas kepada bola jaring lelaki untuk mengembangkan bakat seterusnya membuka mata banyak pihak. Liga ini juga akan memberi peluang kepada semua team bola jaring lelaki untuk berentap dan menentukan kedudukan sebenar masing-masing di dalam sukan ini.




Jutaan terima kasih kepada Cik Mazlah selaku ketua umpire kerana sudi menjadi committee, dan tidak lupa juga kepada pencetus idea Kejohanan Liga ini iaitu Puan Zabedah Ghani, coach KL Tower kerana sudi berkongsi idea. Sorry ya Kak Bed saya promosi dulu!!! Bukan apa, saya teruja dan berharap sangat supaya semua team netball lelaki dapatlah sama-sama join Liga ini dan seterusnya memberi idea untuk kepentingan dan kemajuan kita bersama. Jika tiada halangan, Kejohanan Liga Bola Jaring ini akan bermula pada bulan Januari 2010.




Sebelum berundur, saya juga ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Saudara Nizam @ Boboi yang telah sudi mempromosikan Cobra di dalam paper Mingguan Malaysia pada Ahad yang lepas. Tahniah kerana berjaya terpilih menjadi model mingguan untuk ruangan Jejaka Kacak Bergaya. Tak sangka, multitalented rupanya budak2 Cobra ni. Kami tumpang bangga dan wish u all the best.



Semoga kita bertemu lagi di lain waktu. Akhir kata dari saya, yang baik itu dari Allah s.w.t. dan yang buruk itu dari saya sendiri. Semoga kita ketemu di KSN Open yang akan berlangsung pada 13 Disember 2009. Insyaallah.

Sekian.

[ Read More ]


salam

buat suspen jer kan tajuk kat atas tu huhu.....ari minggu baru ni, member2 cobra sibuk la heboh suruh pi beli mingguan malaysia. awal2 pagi lagi sms dah masuk hp, cepat gi beli paper utusan, nanti abis.....kata nya cobra masuk paper lagi.....aikkk pelik la pulak..... apsal laks ada citer cobra kat paper ni.....rasa nyer dah lama takde tournament.....so citer apa pulak....




ha tu diaaaaa .... saudara nizam kita @ boboi masuk Mingguan Malaysia, ruangan Jejaka Kacak Bergaya kat Pancaindera.... fulamakkkkk....hebat tuuuuu......dah jadi model fuyoooo...... siap promote bola jaring and cobra lagik.....caya lahhhh.....tak sangka hebat gak boboi ni, siap kuar paper tuuu..... bukan setakat lincah dan hebat di court netball, tapi dah jadi model tuuu..... anyway, thank you to boboi sebab promote cobra kat paper ekkk..... mudah-mudahan murah rezeki cobra lepas ni.... aminnn!!!




and to boboi, dengar nyer dah makin ramai peminat.....so, all the best to u dlm bidang terbaru yang diceburi ni.....murah rezeki you hendaknyer.....tapi bila dah fames nanti, jangan pulak lupa kami di cobra yer kwang kwang kwang.....

ps: nak mintak autograph boleh ker??? hehe.....
[ Read More ]