KSN NETBALL TOURNAMENT- COBRA ALPHA JUARA

26 Julai 2011 – Tahniah COBRA Alpha! Tiada kata-kata yang terucap sebaik pasukan COBRA Alpha berjaya menjulang gelaran Juara bagi Kejohanan KSN 2011 di Stadium Juara, Bukit Kiara Ahad lalu.

COBRA - JUARA USM-PENANG INTERNATIONAL NETBALL OPEN 2011

1st November 2011- Tahun 2011 terus menjadi tahun kebangkitan COBRA apabila satu demi satu kejohanan utama bola jaring tanah air mula menjadi genggaman COBRA. Selepas mengejutkan pasukan dominan bola jaring lelaki, Royale pada Kejohanan Kompleks Sukan Negara (KSN) dengan mata 14-6 untuk bergelar johan, rentak sang juara diteruskan pula dalam Kejohanan Antarabangsa USM Open.

COBRA ANGELS –Naib Juara Hari Belia Selangor 2011

16th May 2011- Tahniah diucapkan kepada pasukan COBRA Angels yang telah menjadi naib juara di Kejohanan Bola Jaring Hari Belia Selangor 2011 yang telah berlansung pada sabtu lepas. Dibarisi oleh Hajar (GS), Mira (GA), Shikin (wa) Annum (C), Fateen (WD), Yong (GD) and Piah (GK) menunjukkan prestasi yang sangat memberangsangkan di dalam kejohanan pertama mereka menyarung jersi COBRA..

COBRA Juara di Kejohanan Bola Jaring Terbuka Puteri UMNO Malaysia

Kolaborasi pertama kali antara Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Cobra, MySihat dan Pergerakan Puteri UMNO Wilayah Persekutuan menganjurkan Kejohanan Bola Jaring Terbuka Puteri UMNO Malaysia 2012 nampaknya beroleh kejayaan cemerlang

COBRA dominasi Karnival Bola Jaring Harian Metro Zon Tengah

COBRA bukan sahaja menjadi pasukan yang menghantar kontijen terbesar ke Karnival Bola Jaring Harian Metro bagi Zon Tengah, bahkan mendominasi kejohanan itu dengan tiga kemenangan.

Latest Posts

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua warga COBRA, seluruh ahli keluarga serta sahabat setia COBRA!

Selamat datang ke Majlis Makan Malam Tahunan ke-3 COBRA 2010!

Alhamdulillah, kita dapat sekali lagi berkumpul dan bersama-sama meraikan upacara yang gilang gemilang ini- sebuah acara kemuncak di dalam kalender tahunan COBRA. Sebagaimana tradisi tahun-tahun lalu, Majlis Makan Malam ini atau juga dikenali sebagai AD2010 adalah bertujuan untuk menyatukan serta meraikan bukan sahaja ahli-ahli COBRA malahan ahli keluarga dan sahabat setia COBRA.

Pelbagai acara dan aktiviti menarik telah diatur oleh Komiti AD2010 termasuk acara sukaneka, acara sukan, persembahan kumpulan selain daripada majlis makan malam ini. Diharap semua telah dan akan terhibur serta dapat menjadikan acara ini sebagai sebuah kenangan manis serta bermanafaat.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan jutaan terima kasih kepada ahli-ahli komiti yang telah bertungkus lumus menjayakan AD2010. Majlis ini pasti tidak akan berjaya tanpa sumbangan, pengorbanan serta komitmen daripada anda semua. Tidak ketinggalan juga saya ingin memberikan penghargaan setinggi-tingginya kepada sekalian hadirin yang turut serta meraikan majlis ini serta sokongan padu kepada COBRA.

Semoga kita sama-sama berjaya dan turut dapat memperbaiki dan mengeratkan lagi tali persaudaraan kita. Sama-samalah kita rai dan nikmati AD2010!

COBRA di mercu!

Wassalam

Khairul Anuar A Rahman (Koi)

Pengerusi Komiti Majlis Makan Malam COBRA AD2010

Leave a Reply