KSN NETBALL TOURNAMENT- COBRA ALPHA JUARA

26 Julai 2011 – Tahniah COBRA Alpha! Tiada kata-kata yang terucap sebaik pasukan COBRA Alpha berjaya menjulang gelaran Juara bagi Kejohanan KSN 2011 di Stadium Juara, Bukit Kiara Ahad lalu.

COBRA - JUARA USM-PENANG INTERNATIONAL NETBALL OPEN 2011

1st November 2011- Tahun 2011 terus menjadi tahun kebangkitan COBRA apabila satu demi satu kejohanan utama bola jaring tanah air mula menjadi genggaman COBRA. Selepas mengejutkan pasukan dominan bola jaring lelaki, Royale pada Kejohanan Kompleks Sukan Negara (KSN) dengan mata 14-6 untuk bergelar johan, rentak sang juara diteruskan pula dalam Kejohanan Antarabangsa USM Open.

COBRA ANGELS –Naib Juara Hari Belia Selangor 2011

16th May 2011- Tahniah diucapkan kepada pasukan COBRA Angels yang telah menjadi naib juara di Kejohanan Bola Jaring Hari Belia Selangor 2011 yang telah berlansung pada sabtu lepas. Dibarisi oleh Hajar (GS), Mira (GA), Shikin (wa) Annum (C), Fateen (WD), Yong (GD) and Piah (GK) menunjukkan prestasi yang sangat memberangsangkan di dalam kejohanan pertama mereka menyarung jersi COBRA..

COBRA Juara di Kejohanan Bola Jaring Terbuka Puteri UMNO Malaysia

Kolaborasi pertama kali antara Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Cobra, MySihat dan Pergerakan Puteri UMNO Wilayah Persekutuan menganjurkan Kejohanan Bola Jaring Terbuka Puteri UMNO Malaysia 2012 nampaknya beroleh kejayaan cemerlang

COBRA dominasi Karnival Bola Jaring Harian Metro Zon Tengah

COBRA bukan sahaja menjadi pasukan yang menghantar kontijen terbesar ke Karnival Bola Jaring Harian Metro bagi Zon Tengah, bahkan mendominasi kejohanan itu dengan tiga kemenangan.

Latest Posts

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua warga COBRA, seluruh ahli keluarga serta sahabat setia COBRA!

Selamat datang ke Majlis Makan Malam Tahunan ke-3 COBRA 2010!

Alhamdulillah, kita dapat sekali lagi berkumpul dan bersama-sama meraikan upacara yang gilang gemilang ini- sebuah acara kemuncak di dalam kalender tahunan COBRA. Sebagaimana tradisi tahun-tahun lalu, Majlis Makan Malam ini atau juga dikenali sebagai AD2010 adalah bertujuan untuk menyatukan serta meraikan bukan sahaja ahli-ahli COBRA malahan ahli keluarga dan sahabat setia COBRA.

Pelbagai acara dan aktiviti menarik telah diatur oleh Komiti AD2010 termasuk acara sukaneka, acara sukan, persembahan kumpulan selain daripada majlis makan malam ini. Diharap semua telah dan akan terhibur serta dapat menjadikan acara ini sebagai sebuah kenangan manis serta bermanafaat.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan jutaan terima kasih kepada ahli-ahli komiti yang telah bertungkus lumus menjayakan AD2010. Majlis ini pasti tidak akan berjaya tanpa sumbangan, pengorbanan serta komitmen daripada anda semua. Tidak ketinggalan juga saya ingin memberikan penghargaan setinggi-tingginya kepada sekalian hadirin yang turut serta meraikan majlis ini serta sokongan padu kepada COBRA.

Semoga kita sama-sama berjaya dan turut dapat memperbaiki dan mengeratkan lagi tali persaudaraan kita. Sama-samalah kita rai dan nikmati AD2010!

COBRA di mercu!

Wassalam

Khairul Anuar A Rahman (Koi)

Pengerusi Komiti Majlis Makan Malam COBRA AD2010

[ Read More ]


Main Awards :

1) Dream team
  • Best GS
  • Best GA
  • Best GK
  • Best GD
  • Best WA
  • Best WD
  • Best C
2) Best Newcomer

3) Piala Pusingan




video
[ Read More ]

Bertempat di Pusat Sukan Universiti Malaya, sebuah Kursus Pengadilan Bola Jaring Tahap 0 (Tahap Pengenalan) telah diadakan selama 3 hari berturut-turut, mulai 11 hingga 13 December 2010. Kursus di bawah kelolaan Pusat Sukan Universiti Malaya ini telah berjaya menarik penyertaan seramai 28 peserta. Apa yang turut menarik perhatian, sebahagian besar peserta kursus ini terdiri daripada para pemain bola jaring wanita di peringkat negeri dan kebangsaan di samping 5 penyertaan peserta lelaki.

Pada kali ini, Pasukan COBRA telah diwaklili oleh seramai empat orang peserta iaitu Zaifunizam Ariffin, Khairul Anuar A Rahman, Saiful Nizam Yusof dan Mohd Soffi Abu Bakar. Sebelum ini, kursus yang sama juga telah dihadiri oleh Kapten COBRA, Shahrizan Shahadin dan kini telah menjalankan aktiviti pengadilan bagi kejohanan bola jaring, terutama di sekitar Lembah Klang. Sehingga kini, 5 orang ahli COBRA telah berjaya menamatkan kursus pengadilan Tahap 0 ini.

Para pemain daripada Pasukan COBRA juga telah dijemput untuk mengadakan permainan sebagai aktiviti amali pengadilan buat para peserta kursus ini. Lebih 30 perlawanan (setiap satu perlawanan berlangsung selama 7 minit) telah dilangsungkan, melibatkan sebilangan besar pemain COBRA sendiri di samping para peserta kursus. Secara purata setiap peserta telah berpeluang untuk mengadili sebanyak 3 perlawanan.

Kursus ini telah mendapat bimbingan tenaga professional iaitu Puan Rosnah Darus yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pengadilan Bola Jaring Malaysia dan Cik Mazlah Abidin, salah seorang pengadil bertauliah dan berpengalaman di peringkat kebangsaan.

Secara keseluruhan para peserta sangat berpuas hati dengan perjalanan kursus ini di mana para peserta bukan sahaja dapat mempertingkatkan ilmu dari aspek teori, malahan praktikal. Maklum balas daripada tenaga pengajar turut memberangsangkan di mana mereka menganggap kursus ini sangat berjaya dan mereka telah berupaya mengenalpasti ramai peserta yang boleh diketengahkan ke peringkat yang selanjutnya (Tahap 1).

Semoga dengan perkembangan ini, Pasukan COBRA dapat terus mempertingkatkan penglibatan bukan sahaja di dalam pertandingan bola jaring, malahan sebagai pengadil/umpire di dalam pelbagai kejohanan. Seperti yang dinyatakan oleh salah seorang tenaga pengajar “mutu pengadilan yang baik, mampu untuk mempertingkatkan kualiti permainan yang baik di kalangan para pemain”!

Kepada “pengadil-pengadil baru” COBRA, kita ucapkan sekalung tahniah dan selamat maju jaya. COBRA ke mercu!

[ Read More ]




Sunday, 14 November 2010: COBRA was invited to umpire an inter-departmental netball tournament for Faculty of Science, Universiti Putra Malaysia (UPM). There were four teams which were the Department of Biology, Chemistry, Physics and the Dean’s Office. All team consist of a women’s and for the first time ever a men’s group.



The game was done in a round-robin style where each team had to play a total of three games. Shaharezan as the head umpire for COBRA gave a short speech to all players on the rules and regulations of the game. The Serdang outdoor netball court had never seen so much interesting skills and actions.



The other umpires were KZ, Ashie, Koi and Ijam with the scoreboards looked after by Fie and Nana and the actions captured by Zam. COBRA also did a show game against the best from the men’s UPM team. COBRA congratulates the winners and the others the best of luck next year.
[ Read More ]

2nd December 2010 : Another friendly match this week was held at the Indoor Court of Sport Complex, University Malaya (UM). This time around COBRA was very privilege to played with one of Singapore reputable netball team, REVIVE Netball Club. This friendly match started at about 9.00pm with about 15 players from COBRA Netball Club and 12 players from REVIVE Netball Team. Four very high intensity of quality netball have been played.


A special thanks to Dr. Suhaimi from the National Umpire Association for umpiring the game. Also a special thank you to REVIVE Netball Team especially Mr. Justin Teh (Head Coach) for making this friendly match possible. We do hope this friendly match will continue in the future and become an annual event between COBRA Netball Club and REVIVE Netball Team.
SINGAPORE here COBRA come!!


Author : Shaharezan Shahadin a.k.a Shah
[ Read More ]


1st December 2010 : A friendly match between COBRA Netball Club with Chong Boon Secondary Netball Girls under- 18 which come all the way from Singapore was held at the Olympic Council Malaysia Indoor Hall (OCM). The friendly match started at about 9.00 pm with about 18 players from COBRA Netball Club consist of Cobra Alpha, Bravo and Mix and about 14 players from Chong Boon Netball Team. 5 quarter matches was played with high intensity and sportsmanship by both of the teams.

A special thanks to Pn. Mazlah from the National Umpire Association for umpiring the game. We would also like to express our thank you to Chong Boon Secondary School Netball team, Ms. Wee Poh Lim (Coach) and especially to Ms. FISH for making this friendly match happen. For more information on Chong Boon Secondary Netball Team do visit them at,
http://www.chongboonsec.moe.edu.sg/index.php/netball

Author : Shaharezan Shahadin a.k.a Shah
[ Read More ]