Selepas hampir 3 minggu orang kuat bahagian Aktiviti Sosial Cobra, Mohd. Zulfadzlan Mat Salleh @ Pok Ley merancang aktiviti paintball, akhirnya pada 22 Januari lalu semunya terlaksana.
Seperti dijanjikan 20 orang penembak Cobra yang penuh bersemangat sampai di Bukit Jalil seawal 8.30 pagi. Walaupun ada yang ‘berangin’ bila nak masuk ke lokasi pusat paintball tu pun dikenakan charge parking RM2, tapi keterujaan nak menembak sebab masing-masing kali pertama bermain paintball, ternyata mengatasi kisah parking RM2 tu.
Sebelum masuk ke medan tempur, awal-awal lagi organizer Pok Ley dah sediakan cabutan undi untuk bahagi-bahagikan penembak. Jadi inilah barisan empat pasukan tempur itu:
Selesai cabut undi, semua kena ikut syarat untuk dengar taklimat permainan. Seronok-seronok gak tapi keselamatan tetap diutamakan…Tapi yang penting, kelakar juga la sebab rasa macam nak main paintball dekat luar negara jerr,.bila si penceramah bahasa Inggeris dia sangat slang Bangladesh/India.
Perlawanan pertama pagi tu, pasukan 1 bertemu dengan pasukan 2. Hmmm sebelum tu, rasanya kena terang juga sikit tentang cara permainan sebab rasanya permainan paintball di Bukit Jalil lain sikit.
Jika permainan biasa memerlukan pemain masuk ke bahagian pasukan lawan untuk ambil bendera dan bawa lari balik ke bahagian sendiri tapi di sini, tidak seperti itu. Kita orang kena menembak jatuh dua biji botol sampai jatuh dulu. Kemudian baru boleh ambil bendera. Ada dua bendera perlu diambil tapi bendera nie marshall hanya letak di tengah-tengah medan tempur.
Dalam perlawanan pertama ternyata kehebatan pasukan 2 yang dikemudi oleh penembak tepat KZ berjaya membawa pasukan itu ke perlawanan final.
Dalam perlawanan kedua pula, pasukan 3 bertemu dengan pasukan 4. Ternyata tenaga-tenaga muda (hikhik boleh ker tulis macam nie) membolehkan pasukan 3 mudah menewaskan pasukan 4.
Perlawanan ketiga menemukan pasukan-pasukan kalah. Dalam perlawanan tersebut, kesungguhan Abang Fai untuk memenangi pertemuan itu menyebabkan dia tercedera di bahagian lutut gara-gara terjatuh selepas kakinya tersadung longkang kecil ditengah padang. (agak bangang juga lah pihak pusat paintball itu membuat longkang di tengah padang).
Gara-gara kehilangan seorang penembak utamanya, pasukan 1 tidak mengambil masa yang lama untuk menewaskan pasukan 4.
Perlawanan akhir, pasukan 3 dan pasukan 2 memang dinantikan sebab penentu pasukan juara. Kejayaan gandingan Kie, Azree, Pok Ley, Ashie dan Zamri yang pantas terlebih dahulu menjatuhkan botol dan membawa pulang kedua-dua bendera akhirnya diisytiharkan juara.
Dengan peluru cat yang masih berbaki, kami semua kemudian sekali lagi masuk ke padang dengan hanya dibahagiakan kepada dua pasukan. Kali ini permainan suka-suka iaitu tembak pemain lawan sehingga habis peluru.
Rasanya perlawanan akhir ini paling seronok sebab masa nie lah masing-masing bersungguh-sungguh tembak orang. Masa nie jugalah baru nampak ada pemain yang betul-betul kena tembak di dada, tangan dan kepala.
Selesai aksi menembak, perut yang dah berkeroncong pagi itu diisi dengan hidangan Dominoz Pizza... Daapppppppp (sebab lapor)…Rasanya setakat itu dulu, yang penting nak ucap terima kasih kepada Pok Ley yang bersusah payah anjurkan aktiviti ini.
Oleh : Zamri








bestttttttttttt, hehehehehe...