KSN NETBALL TOURNAMENT- COBRA ALPHA JUARA

26 Julai 2011 – Tahniah COBRA Alpha! Tiada kata-kata yang terucap sebaik pasukan COBRA Alpha berjaya menjulang gelaran Juara bagi Kejohanan KSN 2011 di Stadium Juara, Bukit Kiara Ahad lalu.

COBRA - JUARA USM-PENANG INTERNATIONAL NETBALL OPEN 2011

1st November 2011- Tahun 2011 terus menjadi tahun kebangkitan COBRA apabila satu demi satu kejohanan utama bola jaring tanah air mula menjadi genggaman COBRA. Selepas mengejutkan pasukan dominan bola jaring lelaki, Royale pada Kejohanan Kompleks Sukan Negara (KSN) dengan mata 14-6 untuk bergelar johan, rentak sang juara diteruskan pula dalam Kejohanan Antarabangsa USM Open.

COBRA ANGELS –Naib Juara Hari Belia Selangor 2011

16th May 2011- Tahniah diucapkan kepada pasukan COBRA Angels yang telah menjadi naib juara di Kejohanan Bola Jaring Hari Belia Selangor 2011 yang telah berlansung pada sabtu lepas. Dibarisi oleh Hajar (GS), Mira (GA), Shikin (wa) Annum (C), Fateen (WD), Yong (GD) and Piah (GK) menunjukkan prestasi yang sangat memberangsangkan di dalam kejohanan pertama mereka menyarung jersi COBRA..

COBRA Juara di Kejohanan Bola Jaring Terbuka Puteri UMNO Malaysia

Kolaborasi pertama kali antara Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Cobra, MySihat dan Pergerakan Puteri UMNO Wilayah Persekutuan menganjurkan Kejohanan Bola Jaring Terbuka Puteri UMNO Malaysia 2012 nampaknya beroleh kejayaan cemerlang

COBRA dominasi Karnival Bola Jaring Harian Metro Zon Tengah

COBRA bukan sahaja menjadi pasukan yang menghantar kontijen terbesar ke Karnival Bola Jaring Harian Metro bagi Zon Tengah, bahkan mendominasi kejohanan itu dengan tiga kemenangan.

Latest Posts

Syukur padaNYA, di panjatkan segala kesyukuran padaNYA, di atas segala limpah rezeki dan rahmat yg diberikan olehNYA kepada kita umat-umat nya yg kerdil lagi lemah ini. Alhamdulillah.

Pada Sabtu 22hb januari, bertempat di kediaman rasmi sahabat kita, Feroz, meraikan satu Majlis kenduri doa selamat. Kenduri ini bermatlamatkan sebagai tanda syukur kita kepadaNYA di atas rahmatNYA dan juga untuk meraikan kedatangan Baby Iman. Moga Baby Iman di berikan kesihatan yg sempurna dan menjadi anak yg soleh, insya-allah.

Di samping itu, pihak majlis juga meraikan perjalanan sahabat kita, Saudara Mohd Zulfadzlan bin Mat Salleh yg akan bertugas di Labuan, Cabaran yg mendatang untuk Saudara
Mohd Zulfadzlan bin Mat Salleh agar di permudahkan oleh NYA. Kami seluruh ahli Cobra mendoakan yg terbaik untuk beliau. You are sure gonna me missed by all of us here.


Kesejahteraan ahli Cobra jelas terpancar pada setiap ahli, majlis juga bertujuan untuk mengeratkan lagi tali persaudaraan antara ahli. Memohan agar kasih sayang kami sebagai keluarga di perkenankan olehNYA.

Majlis dimulakan dengan bacaan solat jemaah maghrib dan isya’. Kemudian, bacaan yaasin yg dipimpin oleh Ustaz Ahamd dan juga lima pelajar dari Tahfiz al-Muqri Sg baru Batu 13, Puchong, Selangor


Doa kami agar majlis yang mulia ini di berkati olehNYA.

Amin Amin Ya-Rabbal Alamin.

ZAIFUNIZAM ARIFFIN

Leave a Reply