Alhamdulillah... Selepas penat (tidak la penat sangat) ber-paint ball di Stadium Bukit Jalil dan mengalas perut dengan beberapa kepingan Domino's Pizza, misi seterusnya adalah bermandi manda di Sungai Gabai.
Aktiviti yang tidak dirancang itu menjadi apabila majoriti yang pergi bersetuju untuk `melembabkan' badan dengan deruan air terjun yang menghempas batuan di Sg Gabai.
Kira-kira 15 daripada kami pergi ke Sg Gabai. ada yang meninggalkan kenderaan masing-masing dan berkumpul di Petronas (berhampiran Astro) sebelum bergerak ke sana secara konvoi.
Biasalah, laluan ke Sg Gabai yang sedikit sesak tidak mematahkan semangat kami untuk bermandi manda.
Akhirnya tepat pukul 1.40 petang kumpulan pertama iaitu KZ, Abang Long, Amin, Fie, Khai, Zamri, Kie dan saya tiba di Sg Gabai serta recce tempat strategik untuk menyimpan barang masing-masing.
Sambil recce-recce itu, sempatlah kami mengambil `sekeping dua' gambar kenangan. :)
The rest Koi, Doul, Pok Ley, SL, Ashie, Aie, dan Ejam datang 20 minit kemudian. (Dengarnya Doul, Koi, Ashie n Aie sudah lama sampai tapi singgah di satu gerai jual Laksa.)
Sesuatu aktiviti pastinya hambar dan `syok sendiri' jika tidak diselitkan dengan sesi bergambar.
apa kata kita lihat dulu gambar yang sempat dirakam dan dimuat turun dalam blog kali ini. (rasa nak masukkan semua tapi macam penuh pula nanti sebab lebih 300 keping gambar yang berjaya dirakam) enjoy




Apa perasaan korang selepas tengok gambar-gambar yang dimuat turun di blog ni? rasa tergugat ke dengan pose-pose maut setiap daripada kitorang? well, we are talented! itu adalah kenyataannya.
Selain ahli-ahli Cobra, aktiviti riadah kali ini turut menjalinkan hubungan dengan orang luar. Berkenal-kenalan, menikmati aktiviti `meluncur' bersama-sama mereka. (tak perlu pergi Sunway Lagoon)
Oh! hampir terlupa, sepanjang pengamatan penulis ketika sesi bergambar, rata-rata pengunjung di sana teruja dengan semangat setiakawan Cobra, semangat `supporting' yang kita tunjukkan.
Rasanya, cukuplah melembabkan badan selepas penat dengan aktiviti tembak menembak di pagi hari, `Photoshoot' dan bermandi manda di sebelah petang sambil berlatar belakangkan air terjun serta tumbuhan hijau. Back to nature (orang putih kata) hahaha...
Last but not least, aktiviti riadah macam ini sangat menyeronokkan dan menyedarkan kita semua tentang keindahan alam semula jadi. Semoga aktiviti seumpama ini akan diteruskan.
tapi.... tunggu dulu, aktiviti pada hari Sabtu itu tidak habis di sini... nantikan entry seterusnya mengenai doa selamat sempena tahun baru untuk Cobra dan majlis perpisahan buat Mohd. Zulfadzlan Mat Salleh yang akan memulakan tugas di Wilayah Persekutuan Labuan bermula Februari ini.
OLEH: ASSIM HASSAN
Latest Posts
Categories:
Labels:
aktiviti