KSN NETBALL TOURNAMENT- COBRA ALPHA JUARA

26 Julai 2011 – Tahniah COBRA Alpha! Tiada kata-kata yang terucap sebaik pasukan COBRA Alpha berjaya menjulang gelaran Juara bagi Kejohanan KSN 2011 di Stadium Juara, Bukit Kiara Ahad lalu.

COBRA - JUARA USM-PENANG INTERNATIONAL NETBALL OPEN 2011

1st November 2011- Tahun 2011 terus menjadi tahun kebangkitan COBRA apabila satu demi satu kejohanan utama bola jaring tanah air mula menjadi genggaman COBRA. Selepas mengejutkan pasukan dominan bola jaring lelaki, Royale pada Kejohanan Kompleks Sukan Negara (KSN) dengan mata 14-6 untuk bergelar johan, rentak sang juara diteruskan pula dalam Kejohanan Antarabangsa USM Open.

COBRA ANGELS –Naib Juara Hari Belia Selangor 2011

16th May 2011- Tahniah diucapkan kepada pasukan COBRA Angels yang telah menjadi naib juara di Kejohanan Bola Jaring Hari Belia Selangor 2011 yang telah berlansung pada sabtu lepas. Dibarisi oleh Hajar (GS), Mira (GA), Shikin (wa) Annum (C), Fateen (WD), Yong (GD) and Piah (GK) menunjukkan prestasi yang sangat memberangsangkan di dalam kejohanan pertama mereka menyarung jersi COBRA..

COBRA Juara di Kejohanan Bola Jaring Terbuka Puteri UMNO Malaysia

Kolaborasi pertama kali antara Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Cobra, MySihat dan Pergerakan Puteri UMNO Wilayah Persekutuan menganjurkan Kejohanan Bola Jaring Terbuka Puteri UMNO Malaysia 2012 nampaknya beroleh kejayaan cemerlang

COBRA dominasi Karnival Bola Jaring Harian Metro Zon Tengah

COBRA bukan sahaja menjadi pasukan yang menghantar kontijen terbesar ke Karnival Bola Jaring Harian Metro bagi Zon Tengah, bahkan mendominasi kejohanan itu dengan tiga kemenangan.

Latest Posts



26th April 2011 - Genap setahun pendaftaran sebagai sebuah kelab belia, seperti yang ditetapkan perlembagaan Kelab Belia Rakyat Aktif (COBRA) mengadakan mesyuarat agung tahunan pertamanya. Ia selaras dengan yang tetapan perlembagaan penubuhan kelab.

AGM tersebut dilangsungkan pada pukul 4 petang di Country Height yang juga rumah kepada Dr. Ibrahim Tahir (Ibby) pada 3 April 2011. Seperti biasa dalam kebanyakan majlis COBRA, pelbagai sajian makanan akan mengisi majlis tidak terkecuali dengan AGM sulung ini.





Dihadiri oleh lebih 35 orang ahli COBRA majlis tersebut dimulakan dengan ucapan oleh Pengerusi kelab, Khairul Rahman (Koi).Antara agenda yang dibincangkan oleh pengerusi termasuklah mengesahkan AGM tahun 2010 sebagai mesyuarat pertama kelab, pengesahan mesyuarat agung terdahulu, pembentangan laporan aktiviti sukan dan sosial serta pembentangan laporan kewangan dah lain- lain perkara berbangkit. Ia diikuti dengan pelantikan pengerusi sementara mengenai tatacara/proses pengundian dan pemilihan ahli majlis tertinggi.

Dalam pengundian itu, ternyata ahli senior Amirul Hassan (Ashie) menjadi calon fovourite apabila mendapat undian paling tinggi iaitu … (tak silap 28) undi. Enam calon lain yang mengisi jawatan Majlis Tertinggi (MT) COBRA ialah MT lama Shaharezan serta tiga muka baru iaitu Yuadzaha (Nana), Mohd. Soffi (Fie) dan Zamri. MT Cobra turut diserikan dengan dua kuntum bunga apabila ahli team netball Angels, Hajar dan Azeera turut terpilih dalam barisan MT COBRA.

Berikut adalah senarai penuh Majlis Tertinggi COBRA 2011/2012:-
Pengerusi : Khairul Annuar B. A Rahman
Timbalan Pengerusi : Zulkefli B. Zakaria
AJK :
1. Shaharezan B. Shahadin
2. Zamri B. Rambli
3. Mohd. Amirul Hassan B. Adnan
4. Yuadzaha B. Ishak
5. Hajar Bt. Bumachi
6. Mohd Soffi Abu Bakar
7. Azeera Farhana
Sekalung ucapan tahniah kepada semua barisan MT dan ahli COBRA yang menjaya AGM ini. Kepercayaan yang diberikan kepada MT adalah amanah dan tanggungjawab yang harus dipikul bersama dalam menggerakkan kelab kesayangan kita.




By:Zamri Rambli

Leave a Reply