KSN NETBALL TOURNAMENT- COBRA ALPHA JUARA

26 Julai 2011 – Tahniah COBRA Alpha! Tiada kata-kata yang terucap sebaik pasukan COBRA Alpha berjaya menjulang gelaran Juara bagi Kejohanan KSN 2011 di Stadium Juara, Bukit Kiara Ahad lalu.

COBRA - JUARA USM-PENANG INTERNATIONAL NETBALL OPEN 2011

1st November 2011- Tahun 2011 terus menjadi tahun kebangkitan COBRA apabila satu demi satu kejohanan utama bola jaring tanah air mula menjadi genggaman COBRA. Selepas mengejutkan pasukan dominan bola jaring lelaki, Royale pada Kejohanan Kompleks Sukan Negara (KSN) dengan mata 14-6 untuk bergelar johan, rentak sang juara diteruskan pula dalam Kejohanan Antarabangsa USM Open.

COBRA ANGELS –Naib Juara Hari Belia Selangor 2011

16th May 2011- Tahniah diucapkan kepada pasukan COBRA Angels yang telah menjadi naib juara di Kejohanan Bola Jaring Hari Belia Selangor 2011 yang telah berlansung pada sabtu lepas. Dibarisi oleh Hajar (GS), Mira (GA), Shikin (wa) Annum (C), Fateen (WD), Yong (GD) and Piah (GK) menunjukkan prestasi yang sangat memberangsangkan di dalam kejohanan pertama mereka menyarung jersi COBRA..

COBRA Juara di Kejohanan Bola Jaring Terbuka Puteri UMNO Malaysia

Kolaborasi pertama kali antara Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Cobra, MySihat dan Pergerakan Puteri UMNO Wilayah Persekutuan menganjurkan Kejohanan Bola Jaring Terbuka Puteri UMNO Malaysia 2012 nampaknya beroleh kejayaan cemerlang

COBRA dominasi Karnival Bola Jaring Harian Metro Zon Tengah

COBRA bukan sahaja menjadi pasukan yang menghantar kontijen terbesar ke Karnival Bola Jaring Harian Metro bagi Zon Tengah, bahkan mendominasi kejohanan itu dengan tiga kemenangan.

Latest Posts



19hb April 2011- Dua perkataan ini mungkin yang paling sesuai menggambarkan perjalanan COBRA ke Unimap - penuh drama dan mendebarkan.

Daripada sesi latihan yang di uji dgn court yg licin gara2 dicat budak hockey inline, ujian mendapatkan barisan line-up Angel, kegigihan Shah yang tidak pernah putus asa sehingga bermulanya tiupan wisel di Perlis untuk menghntar 3 pasukan Cobra (Alpha, Bravo dan Charlie), kecederaan yang melanda hampir kesemua pemain utama sebelum kejohanan bermula dan tidak kurang juga cabaran dalam mencari penajaan.

Belum cukup dengan drama dan debar sebelum ke sana, detik paling 'menakutkan' apabila pasukan utama - COBRA Charlie tewas pada game pertama dgn pasukan Legacy Striker.


Alhamdulillah COBRA Charlie bangkit selepas itu, malah episod cemerlang pasukan utama COBRA apabila hampir menumbangkan pasukan pilhan utama kejohanan, pasukan Royale. COBRA cuma tewas satu mata dengan pasukan Royale dengan keputusan 12-13 dalam peringkat kumpulan.

Percaya atau tidak ia ibarat pertembungan final apabila penonton bukan sahaja bersorak malah, ramai yg berdiri saat menyaksikan pertembungan itu.


COBRA Charlie meneruskan persembahan konsisten di peringkat suku akhir apabila menewaskan pasukan Xtreme 9 - 6.

Angka 9 dan 6 sekali lagi membawa tuah kepada COBRA Charlie apabila ia menjadi skor yg melayakkan pasukan COBRA ke aksi final dengan menewaskan pasukan Phoenix A di peringkat separuh akhir .

Pertemuan final beraksi dengan Royale ternyata ditunggu-tunggu ramai. Bagaimanapun, nampaknya rezeki gelaran sulung juara Unimap bukan milik COBRA apabila tewas kepada Royale 14 - 6.


Untuk team COBRA Bravo yang diketuai Pengerusi kesayangan kita, Koi ..pasukan itu berjaya mengumpul 6 mata di peringkat kumpulan.

Cobra BRAVO menang dua game bertemu dengan Unimap Alam dan MMU serta tewas dua lagi game bertemu dengan UM dan Phoenix A.

Bagi pasukan junior COBRA, COBRA Alpha...nasib kurang menyebelahi kami apabila tewas semua perlawanan dengan Graviti, Legacy, Phoenix B, Unimap Bio dan Legend A.


Demikian sedikit catatan kenangan manis sepanjang kejohanan Unimap Open di Perlis.

Mungkin sedikit catatan untuk makluman bersama untuk kategori wanita team KLIA menjadi juara apabila
menewaskan MBSA dgn mata 13 - 8.


Juara kategori wanita mendpat wang tunai RM2,500, naib juara RM1,500 manakala tmpat ketiga MPKelang dan Unimap Staf mendapat RM800.

Kategori lelaki Royale pulang dgn RM2,000, COBRA Charlie RM 1,000. Legend A dan Phoenix A yg mendapat tmpat ke-3/4 mendpat RM600.


By : Zamri Ramli

Leave a Reply