KSN NETBALL TOURNAMENT- COBRA ALPHA JUARA

26 Julai 2011 – Tahniah COBRA Alpha! Tiada kata-kata yang terucap sebaik pasukan COBRA Alpha berjaya menjulang gelaran Juara bagi Kejohanan KSN 2011 di Stadium Juara, Bukit Kiara Ahad lalu.

COBRA - JUARA USM-PENANG INTERNATIONAL NETBALL OPEN 2011

1st November 2011- Tahun 2011 terus menjadi tahun kebangkitan COBRA apabila satu demi satu kejohanan utama bola jaring tanah air mula menjadi genggaman COBRA. Selepas mengejutkan pasukan dominan bola jaring lelaki, Royale pada Kejohanan Kompleks Sukan Negara (KSN) dengan mata 14-6 untuk bergelar johan, rentak sang juara diteruskan pula dalam Kejohanan Antarabangsa USM Open.

COBRA ANGELS –Naib Juara Hari Belia Selangor 2011

16th May 2011- Tahniah diucapkan kepada pasukan COBRA Angels yang telah menjadi naib juara di Kejohanan Bola Jaring Hari Belia Selangor 2011 yang telah berlansung pada sabtu lepas. Dibarisi oleh Hajar (GS), Mira (GA), Shikin (wa) Annum (C), Fateen (WD), Yong (GD) and Piah (GK) menunjukkan prestasi yang sangat memberangsangkan di dalam kejohanan pertama mereka menyarung jersi COBRA..

COBRA Juara di Kejohanan Bola Jaring Terbuka Puteri UMNO Malaysia

Kolaborasi pertama kali antara Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Cobra, MySihat dan Pergerakan Puteri UMNO Wilayah Persekutuan menganjurkan Kejohanan Bola Jaring Terbuka Puteri UMNO Malaysia 2012 nampaknya beroleh kejayaan cemerlang

COBRA dominasi Karnival Bola Jaring Harian Metro Zon Tengah

COBRA bukan sahaja menjadi pasukan yang menghantar kontijen terbesar ke Karnival Bola Jaring Harian Metro bagi Zon Tengah, bahkan mendominasi kejohanan itu dengan tiga kemenangan.

Latest Posts





4th April 2011 - Kejohanan Bola Jaring Piala Naib Canselor UniMAP akan berlangsung pada hujung minggu ini bermula dari 15-17 April 2011. COBRA akan menghantar 3 kumpulan di dalam kategori lelaki untuk kejohanan kali ini. COBRA Angel yang diramalkan pada mulanya akan membuat penampilan sulung di dalan kategori wanita terpaksa menarik diri saat akhir.

Di bawah merupakan kedudukan kumpulan bagi kategori lelaki:

Terdapat sedikit pembetulan bagi Kumpulan H dimana kumpulan ini terdiri daripada Legend A, UniMAP Bahan, Legacy, Pheonix B and COBRA ALPHA. Kojahanan ini merupaka kejohanan pertama bagi kalender bola jaring lelaki di Malaysia. Oleh itu, tidak hairanlah kebanyakkan kumpulan yang mengambil bahagian di dalam kejohanan ini terdiri dari kumpulan-kumpulan yang berpangkalan di Kuala Lumpur.

Kepada COBRA- Selamat Berjuang "Bola Jaring Untuk Semua"

By: Shaharezan b. Shahadin

Leave a Reply