KSN NETBALL TOURNAMENT- COBRA ALPHA JUARA

26 Julai 2011 – Tahniah COBRA Alpha! Tiada kata-kata yang terucap sebaik pasukan COBRA Alpha berjaya menjulang gelaran Juara bagi Kejohanan KSN 2011 di Stadium Juara, Bukit Kiara Ahad lalu.

COBRA - JUARA USM-PENANG INTERNATIONAL NETBALL OPEN 2011

1st November 2011- Tahun 2011 terus menjadi tahun kebangkitan COBRA apabila satu demi satu kejohanan utama bola jaring tanah air mula menjadi genggaman COBRA. Selepas mengejutkan pasukan dominan bola jaring lelaki, Royale pada Kejohanan Kompleks Sukan Negara (KSN) dengan mata 14-6 untuk bergelar johan, rentak sang juara diteruskan pula dalam Kejohanan Antarabangsa USM Open.

COBRA ANGELS –Naib Juara Hari Belia Selangor 2011

16th May 2011- Tahniah diucapkan kepada pasukan COBRA Angels yang telah menjadi naib juara di Kejohanan Bola Jaring Hari Belia Selangor 2011 yang telah berlansung pada sabtu lepas. Dibarisi oleh Hajar (GS), Mira (GA), Shikin (wa) Annum (C), Fateen (WD), Yong (GD) and Piah (GK) menunjukkan prestasi yang sangat memberangsangkan di dalam kejohanan pertama mereka menyarung jersi COBRA..

COBRA Juara di Kejohanan Bola Jaring Terbuka Puteri UMNO Malaysia

Kolaborasi pertama kali antara Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Cobra, MySihat dan Pergerakan Puteri UMNO Wilayah Persekutuan menganjurkan Kejohanan Bola Jaring Terbuka Puteri UMNO Malaysia 2012 nampaknya beroleh kejayaan cemerlang

COBRA dominasi Karnival Bola Jaring Harian Metro Zon Tengah

COBRA bukan sahaja menjadi pasukan yang menghantar kontijen terbesar ke Karnival Bola Jaring Harian Metro bagi Zon Tengah, bahkan mendominasi kejohanan itu dengan tiga kemenangan.

Latest Posts


21 Jun 2011- Kejohanan Bola Jaring Piala Isteri Datuk Bandar MBPJ telah menyaksikan untuk kali ke-6 berturut-turut Pasukan Royale menjadi juara. Ini menunjukkan betapa Pasukan Royale masih lagi mendominsi sukan bola jaring lelaki di Malaysia. Syabas dah tahniah sekalai lagi  diucapkan kepada Pasukan Royale!  Kita berharap pengalaman ini  dapat mendorong pasukan COBRA berusaha dengan lebih keras pada masa hadapan.
COBRA Alpha

Di dalam kejohanan kali ini, pasukan COBRA telah melakar satu lagi sejarah. Pasukan COBRA telah menghantar sebanyak 4 buah pasukan iaitu Alpha , Bravo, Charlie and Delta. Penyertaan terbesar ini telah membolehkan lebih ramai ahli COBRA untuk turut terlibat dan menimba pengalaman bermain di dalam pertandingan utama sebegini. Malah penglibatan ini adalah merupakan salah satu cara untuk pasukan COBRA mengukur kemampuan mereka berbanding pasukan-pasukan  lain.
COBRA Bravo

Secara keseluruhannya,terdapat banyak peningkatan dari segi permainan terutamanya di kalangan pemain-pemain baru. Walau bagaimanapun, masih banyak lagi yang perlu dipelajari sebelum mereka dapat bersaing dengan pasukan-pasukan elite yang lain. Pujian sememangnya patut diberikan kepada pemain-pemain baru ini. Hampir kesemua mereka tidak mempunyai asas di dalam permainan bola jaring namun berkat hasil usaha mereka sendiri, mereka mampu memberikan yang terbaik bagi mengharumkan nama pasukan COBRA. Semoga mereka lebih bersemangat dan terus berusaha bagi memajukan diri .

COBRA Charlie
Adat pertandingan, ada yang menang dan pastinya ada yang kalah! Keputusan pada kali ini tidak menyebelahi pasukan COBRA. Pasukan utama COBRA, Alpha and Bravo, kandas di pusingan suku akhir. Semoga COBRA akan mendapat keputusan yang lebih baik di kejohanan akan datang.

COBRA Delta


Keputusan :
Johan : Royale
Naib Johan : Legend B
Tempat ke -3 : X-trem and Phoenix A
Suku Akhir :
i. COBRA Alpha
ii. COBRA Bravo
iii. One Malaysia
iv. Phoenix B
“Netball For All”

Leave a Reply