
Penyertaan pertama Cobra Angels dalam PERTANDINGAN BOLA JARING PERINGKAT GERAKWANIS GB4B MALAYSIA yang telah diadakan pada 18 dan 19 Jun 2011 di Kompleks Sukan Kg Pandan, KL. Terdapat 43 pasukan (terbahagi kepada 12 kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai 4 pasukan) yang bertanding dalam kejohanan ini yang turut disertai oleh beberapa pasukan luar KL, iaitu dari Terengganu, Perlis dan Kedah. Pertandingan dilakukan secara liga di pusingan pertama, diikuti kalah mati utk pusingan kedua, suku, separuh akhir dan seterusnya peringkat akhir. Cobra Angels yang diwakili oleh 9 orang pemain - Hajar(GS), Mira(GA), Anum(WA), Tikah(C), Zira(WD), Nad(GD), kak Ina(GK) dan Aimi(simpanan) serta Che Na(simpanan) telah berjaya membawa Cobra Angels sebagai Juara Kumpulan I. Setiap pemain telah menunjukkan komitmen dan semangat berpasukan yang tinggi dalam setiap perlawanan sehingga membawa Cobra Angels layak ke pusingan kedua, tetapi nasib tidak menyebelahi apabila tewas dengan pasukan dari Terengganu. Ditambah dengan kecederaan yang dialami oleh Hajar(GS) ketika menentang pasukan TLDM B dalam peringkat kumpulan sedikit sebanyak mencacatkan pergerakan pasukan untuk beraksi cemerlang di peringkat kedua.
Berikut adalah keputusan penuh perlawanan Cobra Angels :-
Pusingan Kumpulan :
Cobra Angels vs TMKL (12-7)
Cobra Angels vs TLDM B (10-2)
Cobra Angels vs UKM (9-6)
Keputusan : Juara Kumpulan I
Pusingan Kedua :
Cobra Angels vs Terengganu (4-9)
Terima kasih juga diucapkan pada CDM-abgLong dan ACDM-KZ selaku pengurus dan penjaga Cobra Angels serta semua penyokong2 dan keluarga cobra yang sudi hadir memeriahkan dan memberi sokongan sepanjang berlangsungnya Pertandingan Bola Jaring Beliawanis itu.
Sekian.
By : Hajar Bamuchi