KSN NETBALL TOURNAMENT- COBRA ALPHA JUARA

26 Julai 2011 – Tahniah COBRA Alpha! Tiada kata-kata yang terucap sebaik pasukan COBRA Alpha berjaya menjulang gelaran Juara bagi Kejohanan KSN 2011 di Stadium Juara, Bukit Kiara Ahad lalu.

COBRA - JUARA USM-PENANG INTERNATIONAL NETBALL OPEN 2011

1st November 2011- Tahun 2011 terus menjadi tahun kebangkitan COBRA apabila satu demi satu kejohanan utama bola jaring tanah air mula menjadi genggaman COBRA. Selepas mengejutkan pasukan dominan bola jaring lelaki, Royale pada Kejohanan Kompleks Sukan Negara (KSN) dengan mata 14-6 untuk bergelar johan, rentak sang juara diteruskan pula dalam Kejohanan Antarabangsa USM Open.

COBRA ANGELS –Naib Juara Hari Belia Selangor 2011

16th May 2011- Tahniah diucapkan kepada pasukan COBRA Angels yang telah menjadi naib juara di Kejohanan Bola Jaring Hari Belia Selangor 2011 yang telah berlansung pada sabtu lepas. Dibarisi oleh Hajar (GS), Mira (GA), Shikin (wa) Annum (C), Fateen (WD), Yong (GD) and Piah (GK) menunjukkan prestasi yang sangat memberangsangkan di dalam kejohanan pertama mereka menyarung jersi COBRA..

COBRA Juara di Kejohanan Bola Jaring Terbuka Puteri UMNO Malaysia

Kolaborasi pertama kali antara Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Cobra, MySihat dan Pergerakan Puteri UMNO Wilayah Persekutuan menganjurkan Kejohanan Bola Jaring Terbuka Puteri UMNO Malaysia 2012 nampaknya beroleh kejayaan cemerlang

COBRA dominasi Karnival Bola Jaring Harian Metro Zon Tengah

COBRA bukan sahaja menjadi pasukan yang menghantar kontijen terbesar ke Karnival Bola Jaring Harian Metro bagi Zon Tengah, bahkan mendominasi kejohanan itu dengan tiga kemenangan.

Latest Posts

26 Julai 2011 – Tahniah COBRA Alpha! Tiada kata-kata yang terucap sebaik pasukan COBRA Alpha berjaya menjulang gelaran Juara bagi Kejohanan KSN 2011 di Stadium Juara, Bukit Kiara Ahad lalu.
Detik menggembirakan itu jelas terpancar dikalangan ahli-ahli dan penyokong COBRA apabila berjaya menundukkan pasukan “gergasi” bola jaring lelaki Royale 14 – 6. Menurunkan pemain tengah yang cukup lincah iaitu Kie sebagai (C) dan dibantu Ashie selaku (WA) cukup untuk membantu penjaring iaitu Kok Tai (GA) dan Rizal (GS) menyudahkan bola ke jaring.. Ditambah pula, interaksi dan kerjasama benteng pertahanan iaitu Doul (WD), Ucop (GD) dan mempertaruhkan Lim (GK) cukup membantu COBRA Alpha dijulang sebagai Juara KSN tahun ini.
Kejayaan COBRA Alpha itu terpancar apabila berjaya sebagai Johan di peringkat kumpulan dan menewaskan kumpulan Prime 30 – 0, Extreme 11 – 6 dan Phoenix A 12 – 8.Namun, perlawanan sengit di peringkat suku akhir apabila COBRA Alpha terpaksa berhempas pulas menewaskan saingan tradisi iaitu Wan's Heritage Legend A dengan pungutan mata 11 -10 Ekoran kejayaan itu, COBRA Alpha layak ke pusingan separuh akhir apabila dengan mudah menewaskan pasukan Pheonix 18 – 10. .
Perlawanan akhir di antara COBRA Alpha dan Royale dimulakan kira-kira pukul 4 petang dengan suasana yang cukup

mendebarkan semua ahli keluarga dan penyokong COBRA. Sokongan dan sorokan diluar padang dirasakan meresap ke jiwa setiap pemain hingga mereka memberikan persembahan yang memberangsangkan hingga menundukkan pihak lawan dengan beza jaringan mata yang agak besar.

Bagi kejohanan kali ini, Pemain Terbaik KSN 2011 berjaya disandang oleh pemain COBRA Alpha iaitu Lim JW manakala Penjaring terbanyak iaitu sebanyak 15 jaringan dimenangi oleh Penjaring dari pasukan Royale.

Bagi kejohanan kali ini, Cobra turut menghantar lima pasukan iaitu empat pasukan lelaki (Cobra Alpha, Bravo, Charlie, dan Delta) dan satu pasukan wanita iaitu Cobra Angels. Tuah Cobra Bravo dan Charlie untuk mara ke separuh akhir tidak kesampaian apabila Cobra Bravo kalah dengan Royale dan Cobra Charlie dengan Pheonix. Bagaimanapun, kedua-dua pasukan (Bravo dan Charlie)

telah memberikan saingan serta prestasi yang memberangsangkan apabila berjaya menjadi Naib Johan di peringkat kumpulan.


Dengan kejayaan ini, ia diharap memberi semangat kepada semua pemain Cobra meneruskan usaha dan tidak lalai dibuai mimpi kemenangan tersebut. Akhir kata, jumpa lagi di kejohanan seterusnya.



NETBALL FOR ALL
















Leave a Reply