

Perlawanan pertama menentang shogun(pasukan polis), tidak dinafikan kita memberi tentangan yang sengit dengan hanya perbezaan 3 mata sahaja. Seterusnya, Cobra Angels bertemu dengan dua pasukan yang berpengalaman luas dalam kejohanan bola jaring iaitu EPF dan myTnet yang rata-rata dibarisi pemain-pemain yang berpengalaman dan pernah/mewakili peringkat yang tinggi.
Walaupun Cobra Angels telah memberikan tentangan yang sengit setiap masa pertama, namun taktikal dan pengalaman Cobra Angels masih terlalu nipis jika dibandingkan dengan mereka. Namun begitu, dapat dilihat kesungguhan dan semangat telah ditunjukkan setiap pemain dan bukanlah suatu yang mustahil Cobra Angels juga akan menjadi seperti mereka akan datang. Berikut merupakan keputusan penuh perlawanan Cobra Angels dalam peringkat Kumpulan B:-
Cobra Angels Vs shogun 8:11
Cobra Angels Vs Kyser 17:1
Cobra Angels Vs Epf 9:15
Cobra Angels Vs myTnet 5:15

NETBALL FOR ALL