KSN NETBALL TOURNAMENT- COBRA ALPHA JUARA

26 Julai 2011 – Tahniah COBRA Alpha! Tiada kata-kata yang terucap sebaik pasukan COBRA Alpha berjaya menjulang gelaran Juara bagi Kejohanan KSN 2011 di Stadium Juara, Bukit Kiara Ahad lalu.

COBRA - JUARA USM-PENANG INTERNATIONAL NETBALL OPEN 2011

1st November 2011- Tahun 2011 terus menjadi tahun kebangkitan COBRA apabila satu demi satu kejohanan utama bola jaring tanah air mula menjadi genggaman COBRA. Selepas mengejutkan pasukan dominan bola jaring lelaki, Royale pada Kejohanan Kompleks Sukan Negara (KSN) dengan mata 14-6 untuk bergelar johan, rentak sang juara diteruskan pula dalam Kejohanan Antarabangsa USM Open.

COBRA ANGELS –Naib Juara Hari Belia Selangor 2011

16th May 2011- Tahniah diucapkan kepada pasukan COBRA Angels yang telah menjadi naib juara di Kejohanan Bola Jaring Hari Belia Selangor 2011 yang telah berlansung pada sabtu lepas. Dibarisi oleh Hajar (GS), Mira (GA), Shikin (wa) Annum (C), Fateen (WD), Yong (GD) and Piah (GK) menunjukkan prestasi yang sangat memberangsangkan di dalam kejohanan pertama mereka menyarung jersi COBRA..

COBRA Juara di Kejohanan Bola Jaring Terbuka Puteri UMNO Malaysia

Kolaborasi pertama kali antara Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Cobra, MySihat dan Pergerakan Puteri UMNO Wilayah Persekutuan menganjurkan Kejohanan Bola Jaring Terbuka Puteri UMNO Malaysia 2012 nampaknya beroleh kejayaan cemerlang

COBRA dominasi Karnival Bola Jaring Harian Metro Zon Tengah

COBRA bukan sahaja menjadi pasukan yang menghantar kontijen terbesar ke Karnival Bola Jaring Harian Metro bagi Zon Tengah, bahkan mendominasi kejohanan itu dengan tiga kemenangan.

Latest Posts

Versi: Bahasa Melayu

Ucapan Tahniah daripada Pengerusi COBRA

Assalammualaikum warrahmatullahi wa barakatuh dan salam sejahtera buat semua,

Pastinya ini merupakan sebuah kenangan yang indah, satu lagi titik kejayaan di dalam sejarah
kewujudan COBRA- kejayaan pasukan utama COBRA iaitu COBRA Alpha sebagai Johan di
dalam Kejohanan Bola Jaring Kompleks Sukan Negara (KSN) (Kategori Terbuka Lelaki), syukur
Alhamdulillah!

Pada tahun ini, pasukan COBRA telah menghantar sebanyak 5 buah pasukan- satu lagi rekod
di dalam sejarah penglibatan COBRA di dalam mana-mana kejohanan. Sejumlah 4 buah
pasukan di dalam Kategori Terbuka Lelaki (COBRA Alpha, Bravo, Charlie & Delta) dan satu
pasukan di dalam Kategori Terbuka Wanita (COBRA Angels) telah turut serta.

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua pemain di dalam kejohanan yang telah
berlangsung selama 2 hari ini (23hb-24hb Julai 2011). Pasukan COBRA pastinya telah
mempamerkan semangat setiakawan, kesukanan dan daya saing yang tinggi sepanjang
kejohanan ini. Pasukan kita juga telah berjaya mencapai sasaran kita untuk melibatkan seramai
mungkin ahli-ahli untuk turut serta di dalam kejohanan ini dan juga memastikan setiap pemain
berpeluang beraksi di dalam kejohanan ini. Setiap ahli dan pemain COBRA adalah merupakan
aset terpenting COBRA dan pastinya mereka adalah kebangaan COBRA!

Ucapan terima kasih dan penghargaan penuh ikhlas pastinya untuk setiap ahli Komiti
Pengurusan dan juga para penyokong COBRA pada kejohanan kali ini. Mereka tanpa rasa
penat dan bosan telah memberikan galakan serta membantu menguruskan pasukan COBRA-
tahniah!

Akhir kata, saya ingin sekali lagi mengucapkan tahniah kepada seluruh ahli keluarga COBRA di
atas komitmen dan persembahan yang menakjubkan yang telah anda semua pamerkan. Walau
bagaimanapun, kita jangan mudah berpuas hati dengan kejayaan ini- kita harus terus berusaha
memperbaiki semangat setiakawan, kebersamaan, kesukanan dan daya saing kita!

Bola Jaring untuk semua. Go COBRA!

Wassalam!

Ikhlas,
Khairul Anuar A Rahman
Pengerusi
Kelab Belia Rakyat Aktif (COBRA)


Version: English

Congratulatory Note from COBRA Chairman

Assalammualaikum warrahmatullahi wa barakatuh and a very good day to All,

It has been definitely a moment to cherish, another mile stone in COBRA’s history- the success
of COBRA Alpha as the Champion in the recent Kompleks Sukan Negara (KSN) Netball
Championship (Men Open Category)- Alhamdulillah (thank you Allah)!

This year, COBRA managed to send a total of 5 teams- a new record in COBRA’s participation
in any championships; a total of 4 teams in the Men Open Category (COBRA Alpha, Bravo,
Charlie & Delta) and 1 team (COBRA Angels) in the Women Open Category.

I would like to congratulate all players who have participated in this 2 days event (23rd-24th July
2011). The teams have definitely demonstrated a high degree of togetherness, sportsmanship
and competitiveness throughout the event. We managed to achieve our objective of getting as
many of our members to participate and play in the championship. Our members and players
are our asset and they have definitely made us proud!

My sincere thank you and deep appreciation also go to all COBRA Organizing Committee
members and supporters who has been tirelessly and committed in managing and supporting
the team- well done!

Finally, I would like to once again congratulate the whole COBRA family for the excellent
commitment and performance. Let’s not rest on our laurel- keep on improving, the spirit of
friendship, togetherness, sportsmanship and competitiveness.

Netball for All. Go COBRA!

Wassalam!

Sincerely yours,
Khairul Anuar A Rahman
Chairaman
Kelab Belia Rakyat Aktif (COBRA)

Leave a Reply