
Dibantu oleh Shaharezan, Kak Eina, Kak Eija, Ocha, Fateen dan Lyn, senarai menu lain dari dapur rumah Nana termasuklah kuih badak berendam, onde2, gulai kawah daging, ikan singgang, bihun dan banyak lagi.

Dengan lokasi majlis iftar Qariah KL buat pertama kalinya diadakan di rumah Shahrul di Shah Alam, beberapa petugas dekorasi berkampung sejak awal pagi. Tahniah buat Sam dan dibantu oleh Fae, Kie dan Shahrul sendiri yang berjaya menyuntik elemen taman hijau mewah di rumah Shahrul.
Menjelang pukul 6 petang, tetamu mula tiba. Disambut dengan senyuman manis oleh Vedha, setiap orang menerima cenderamata CD berupa koleksi lagu-lagu raya pilihan Qariah KL. Idea menarik itu dilontar dan direalisasikan oleh Kie yang bertungkus lumus, menyalin 19 buah lagu seleksi Aidilfitri.

Sebaik azan Maghrib berkumandang, semua lebih 70 tetamu menikmati kuih muih dan kurma terlebih dahulu. Selepas menunaikan solat di surau berdekatan, masing-masing mula menjamu selera dengan sajian yang dihidangkan.
Selepas bersolat Isyak, tema Selatan Thai kemudian bertukar kepada tema Aidilfitri apabila semua Qariah KL tampil dengan busana baju Melayu dan baju kurung raya. Menghangatkan perjalanan majlis malam itu, dua pengacara iaitu Kyle Sebatian aka Pok Ley dan tuan rumah sendiri , Shahrul mengelolakan acara dengan penuh meriah.
Pelbagai aksi dan lawak jenaka Pok Ley dan Shahrul yang sememangnya serasi aka chemistry membuatkan kediaman Sri Permata Shahrul, gamat dengan gelak tawa semua ahli Cobra dan tetamu.

Berapa permainan diadakan seperti musang tok janggut, menganyam ketupat, meneka lagu raya, nama kuih raya dan cabutan bertuah ternyata menghangatkan lagi malam iftar itu.
Bagi yang pulang dengan hadiah kemenangan seperti periuk nasi, cerek elektrik, hamper, baucar Sunway Lagoon dan buacar RM100 1Utama, tahniah kita ucapkan.
Dalam hilai tawa itu, terselit juga sesi airmata apabila majlis meraikan seorang ahli Cobra Shahizam aka Ariez yang akan pulang ke Sabah. Menerima sebiji bola jaring Figos yang ditandatangani oleh ahli-ahli Cobra, ternyata airmata lekas sekali membasai pipi Ariez. Buat Ariez kita doakan beliau berjaya di sana dan terus kekal bersama Cobra.
Akhir sekali terima kasih kepada yang sudi datang. Sekali lagi ucapan tahniah buat semua Qariah KL yang bertungkus lumus menjayakan acara ini. Semoga majlis seperti ini mengeratkan lagi ukhwah sesame kita.

Salam Aidilfitri dan maaf zahir batin.