
Assalammualaikum dan salam 1 Malaysia... ‘Keakraban berpanjangan’ - itulah perkataan yang paling sesuai apabila setiap perancangan COBRA disambut baik oleh semua ahli keluarga COBRA. Pada 21 Ogos 2011 (Ahad), bertempat di Superbowl Alamanda Putrajaya, 1 Kejohanan Boling (Tertutup) COBRA 2011 telah diadakan. Kejohanan yang menyaksikan penyertaan 8 pasukan (4 pemain setiap pasukan) berentap merebut gelaran setiap ketegori yang dipertandingkan.

Menariknya mengenai kejohanan ini, cabutan undian untuk menentukan ahli pasukan dilakukan sehari sebelum kejohanan berlangsung. Cabarannya dimana keserasian perlu diterap seawal mungkin demi mencapai tempat teratas.

Pertandingan berlangsung tepat jam 9.00 malam. Setiap pemain yang terdiri daripada 29 orang lelaki dan 6 wanita, dikehendaki menghabiskan 2 game. Para pemenang berdasarkan ketegori-ketegori yang dipertandingkan:-
KETEGORI KUMPULAN
· Pertama : Kumpulan 5 (Wana, Shahril, Azree, Lara) – 1051 mata
· Kedua : Kumpulan 6 (Abg Fai, Doul, Man, Ell) – 982 mata
· Ketiga : Kumpulan 8 (Airry, Ashie, Epi, Zra) – 962 mata
· Keempat : Kumpulan 4 (Koi, Ibby, Ariez, Che Na) – 930 mata
KETEGORI INDIVIDU (LELAKI)
· Pertama : Shahizam Bin Salleh @ Ariez (276 mata)
· Kedua : Mohamad Yusof Bin Marzuki @ Ucop (272 mata)
· Ketiga : Azrizal Bin A Mutalib @ Azree (271 mata)
· Keempat : Nor Hisham Bin Ismail @ Golek (271 mata)
· Kelima : Sulaiman Bin Othman @ Man (267 mata)
KETEGORI INDIVIDU (WANITA)
· Pertama : Norfazila Binti Jaafar @ Ell (275 mata)
· Kedua : Suzana Binti Sulaiman @ Che Na (211 mata)
· Ketiga : Nur Rihan Binti Mohd Zaini @ Rihan (204 mata)
KETEGORI-KETEGORI LAIN
· Jatuhan Pin Tertinggi - Norfazila Binti Jaafar @ Ell (161/game)
· Pemain Harapan - Saiful Nizam Bin Yusof @ Ejam
· Balingan Paling Unik - Ahmad Hisham Bin Idris @ Wana
· Pemain Paling Sempoi - Fadzil Chengring @ Fadzil

Sekalung penghargaan kepada Shah, Abg Fai, Wana, KZ, Doul dan Zamri yang menaja hadiah kejohanan, tidak lupa pada Azree dan Abang Long yang banyak membantu menguruskan dan memastikan kejohanan ini berlangsung dengan jayanya. Sekian...

Unit Aktiviti Sosial & Kemasyarakatan