KSN NETBALL TOURNAMENT- COBRA ALPHA JUARA

26 Julai 2011 – Tahniah COBRA Alpha! Tiada kata-kata yang terucap sebaik pasukan COBRA Alpha berjaya menjulang gelaran Juara bagi Kejohanan KSN 2011 di Stadium Juara, Bukit Kiara Ahad lalu.

COBRA - JUARA USM-PENANG INTERNATIONAL NETBALL OPEN 2011

1st November 2011- Tahun 2011 terus menjadi tahun kebangkitan COBRA apabila satu demi satu kejohanan utama bola jaring tanah air mula menjadi genggaman COBRA. Selepas mengejutkan pasukan dominan bola jaring lelaki, Royale pada Kejohanan Kompleks Sukan Negara (KSN) dengan mata 14-6 untuk bergelar johan, rentak sang juara diteruskan pula dalam Kejohanan Antarabangsa USM Open.

COBRA ANGELS –Naib Juara Hari Belia Selangor 2011

16th May 2011- Tahniah diucapkan kepada pasukan COBRA Angels yang telah menjadi naib juara di Kejohanan Bola Jaring Hari Belia Selangor 2011 yang telah berlansung pada sabtu lepas. Dibarisi oleh Hajar (GS), Mira (GA), Shikin (wa) Annum (C), Fateen (WD), Yong (GD) and Piah (GK) menunjukkan prestasi yang sangat memberangsangkan di dalam kejohanan pertama mereka menyarung jersi COBRA..

COBRA Juara di Kejohanan Bola Jaring Terbuka Puteri UMNO Malaysia

Kolaborasi pertama kali antara Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Cobra, MySihat dan Pergerakan Puteri UMNO Wilayah Persekutuan menganjurkan Kejohanan Bola Jaring Terbuka Puteri UMNO Malaysia 2012 nampaknya beroleh kejayaan cemerlang

COBRA dominasi Karnival Bola Jaring Harian Metro Zon Tengah

COBRA bukan sahaja menjadi pasukan yang menghantar kontijen terbesar ke Karnival Bola Jaring Harian Metro bagi Zon Tengah, bahkan mendominasi kejohanan itu dengan tiga kemenangan.

Latest Posts

27 October - Tahniah Cobra Angels kerana telah mendapat tempat ketiga dalam kejohanan Terbuka Figos yang berlangsung 26 October 2011 lepas. Tumpas 18-9 ditangan juara Terbuka FIgos iaitu team myTMnet diseparuh akhir. Tempat kedua pasukan UMW. Walaupun kesemua pemain angel baru kembali dari kejohanan USM open pada 21-23hb di penang, itu tidak membuatkan seluruh warga cobra terutamanya Angels letih malah terus menerus memberikan permainan yang terbaik dalam kejohanan tersebut.


Persembahan yang mengagumkan telah ditunjukkan apabila telah menjadi juara kumpulan Seterusnya melayakkan diri di separuh akhir. Pujian harus diberikan pada semua angels kerana kesungguhan dan disiplin dalam setiap perlawanan. Semoga semangat dan bekalan kejayaan ini menjadi inspirasi setiap angels untuk melakukan lebih baik dimasa hadapan dengan harapan kemenangan yang lebih baik akan diperoleh. Tahniah sekali lagi pada semua warga cobra atas kejayaan ini.


Netball For All

Leave a Reply