KSN NETBALL TOURNAMENT- COBRA ALPHA JUARA

26 Julai 2011 – Tahniah COBRA Alpha! Tiada kata-kata yang terucap sebaik pasukan COBRA Alpha berjaya menjulang gelaran Juara bagi Kejohanan KSN 2011 di Stadium Juara, Bukit Kiara Ahad lalu.

COBRA - JUARA USM-PENANG INTERNATIONAL NETBALL OPEN 2011

1st November 2011- Tahun 2011 terus menjadi tahun kebangkitan COBRA apabila satu demi satu kejohanan utama bola jaring tanah air mula menjadi genggaman COBRA. Selepas mengejutkan pasukan dominan bola jaring lelaki, Royale pada Kejohanan Kompleks Sukan Negara (KSN) dengan mata 14-6 untuk bergelar johan, rentak sang juara diteruskan pula dalam Kejohanan Antarabangsa USM Open.

COBRA ANGELS –Naib Juara Hari Belia Selangor 2011

16th May 2011- Tahniah diucapkan kepada pasukan COBRA Angels yang telah menjadi naib juara di Kejohanan Bola Jaring Hari Belia Selangor 2011 yang telah berlansung pada sabtu lepas. Dibarisi oleh Hajar (GS), Mira (GA), Shikin (wa) Annum (C), Fateen (WD), Yong (GD) and Piah (GK) menunjukkan prestasi yang sangat memberangsangkan di dalam kejohanan pertama mereka menyarung jersi COBRA..

COBRA Juara di Kejohanan Bola Jaring Terbuka Puteri UMNO Malaysia

Kolaborasi pertama kali antara Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Cobra, MySihat dan Pergerakan Puteri UMNO Wilayah Persekutuan menganjurkan Kejohanan Bola Jaring Terbuka Puteri UMNO Malaysia 2012 nampaknya beroleh kejayaan cemerlang

COBRA dominasi Karnival Bola Jaring Harian Metro Zon Tengah

COBRA bukan sahaja menjadi pasukan yang menghantar kontijen terbesar ke Karnival Bola Jaring Harian Metro bagi Zon Tengah, bahkan mendominasi kejohanan itu dengan tiga kemenangan.

Latest Posts

10th Oktober 2011- Tahniah diucapkan kepada pasukan COBRA Charlie yang telah berjaya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir di Kejohonan Bola Jaring Harian Metro edisi ke-2 di Kuala Lumpur. Pada kejohanan edisi pertama yang berlangsung di Melaka, pasukan COBRA berjaya menjadi naib johan, namun dikejohanan kali ini, rezeki tidak menyebelahi kami yang hanya mampu menduduki tempat ke-4 dari 12 pasukan lelaki yg bertanding.



Di kejohanan kali ini, Pasukan Cobra telah menghantar 2 pasukan lelaki ( Bravo and Charlie) dan 2 pasukan wanita (Angels dan Belle). Kedua2-dua pasukan lelaki telah menjadi juara di peringkat kumpulan dan kedua-dua pasukan wanita telah menjadi naib juara peringkat kumpulan. Keempat- empat pasukan layak ke peringkat suku akhir, namun hanya COBRA Charlie yang berjaya melayakan diri ke peringkat separuh akhir.

Sekian.

Netball For All

Leave a Reply