KSN NETBALL TOURNAMENT- COBRA ALPHA JUARA

26 Julai 2011 – Tahniah COBRA Alpha! Tiada kata-kata yang terucap sebaik pasukan COBRA Alpha berjaya menjulang gelaran Juara bagi Kejohanan KSN 2011 di Stadium Juara, Bukit Kiara Ahad lalu.

COBRA - JUARA USM-PENANG INTERNATIONAL NETBALL OPEN 2011

1st November 2011- Tahun 2011 terus menjadi tahun kebangkitan COBRA apabila satu demi satu kejohanan utama bola jaring tanah air mula menjadi genggaman COBRA. Selepas mengejutkan pasukan dominan bola jaring lelaki, Royale pada Kejohanan Kompleks Sukan Negara (KSN) dengan mata 14-6 untuk bergelar johan, rentak sang juara diteruskan pula dalam Kejohanan Antarabangsa USM Open.

COBRA ANGELS –Naib Juara Hari Belia Selangor 2011

16th May 2011- Tahniah diucapkan kepada pasukan COBRA Angels yang telah menjadi naib juara di Kejohanan Bola Jaring Hari Belia Selangor 2011 yang telah berlansung pada sabtu lepas. Dibarisi oleh Hajar (GS), Mira (GA), Shikin (wa) Annum (C), Fateen (WD), Yong (GD) and Piah (GK) menunjukkan prestasi yang sangat memberangsangkan di dalam kejohanan pertama mereka menyarung jersi COBRA..

COBRA Juara di Kejohanan Bola Jaring Terbuka Puteri UMNO Malaysia

Kolaborasi pertama kali antara Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Cobra, MySihat dan Pergerakan Puteri UMNO Wilayah Persekutuan menganjurkan Kejohanan Bola Jaring Terbuka Puteri UMNO Malaysia 2012 nampaknya beroleh kejayaan cemerlang

COBRA dominasi Karnival Bola Jaring Harian Metro Zon Tengah

COBRA bukan sahaja menjadi pasukan yang menghantar kontijen terbesar ke Karnival Bola Jaring Harian Metro bagi Zon Tengah, bahkan mendominasi kejohanan itu dengan tiga kemenangan.

Latest Posts

16th September 2011- Meneruskan tradisi Rumah Terbuka Cobra setiap kali menjelang lebaran, tahun ini Country Height menjadi lokasi perhimpunan ahli, teman-teman dan tetamu Cobra.

Dengan ambiance yang berebza berbanding tahun sebelumnya, majlis yang berlangsung ‘outdoor’ di Country Height atau lebih tepat lagi kediaman Pengarah Projek Ibby, menyuntik kemeriahan berganda.

Dengan ambiance yang berebza berbanding tahun sebelumnya, majlis yang berlangsung ‘outdoor’ di Country Height atau lebih tepat lagi kediaman Pengarah Projek Ibby, menyuntik kemeriahan berganda.

Terima kasih buat Shaharezan and Doul yang sudi ‘melabur’ untuk sistem audio dan set karaoke kerana ternyata ia membuatkan Rumah Terbuka Cobra bagaikan sebuah fiesta.

Diadakan pada tanggal 16 September lalu, Rumah Terbuka Cobra kali ini diketuai buat julung kalinya oleh Ibby dengan penolongnya, Airry. Sudah menjadi lumrah dalam keluarga Cobra, ramai yang ringan tangan menghulurkan bantuan melengkapkan acara contohnya Ashie dengan biskut serta pastri, Azree sebagai ketua dapur, SL dengan pelbagai pilihan agar-agar, Sam yang kreatif dengan seni dekorasi, Koi dengan tajaan sate, Nana dengan lontong dan ramai lagi.

Selain karaoke salah satu acara yang paling menarik tentunya persembahan tarian oleh tiga puteri Golek. Malah, selesai sahaja tiga puteri yang lengkap berpakaian sedondon menari, beberapa ahli Cobra secara spontan turut menari lagu yang sama.Buat seluruh keluarga Cobra yang menjayakan program tahunan ini terutamanya Ibby sekalung tahniah dan terima kasih kita ucapkan. Begitu juga kepada tetamu yang sudi menghadirkan diri memeriahkan acara itu.

Sekian.

Netball For all

Leave a Reply