KSN NETBALL TOURNAMENT- COBRA ALPHA JUARA

26 Julai 2011 – Tahniah COBRA Alpha! Tiada kata-kata yang terucap sebaik pasukan COBRA Alpha berjaya menjulang gelaran Juara bagi Kejohanan KSN 2011 di Stadium Juara, Bukit Kiara Ahad lalu.

COBRA - JUARA USM-PENANG INTERNATIONAL NETBALL OPEN 2011

1st November 2011- Tahun 2011 terus menjadi tahun kebangkitan COBRA apabila satu demi satu kejohanan utama bola jaring tanah air mula menjadi genggaman COBRA. Selepas mengejutkan pasukan dominan bola jaring lelaki, Royale pada Kejohanan Kompleks Sukan Negara (KSN) dengan mata 14-6 untuk bergelar johan, rentak sang juara diteruskan pula dalam Kejohanan Antarabangsa USM Open.

COBRA ANGELS –Naib Juara Hari Belia Selangor 2011

16th May 2011- Tahniah diucapkan kepada pasukan COBRA Angels yang telah menjadi naib juara di Kejohanan Bola Jaring Hari Belia Selangor 2011 yang telah berlansung pada sabtu lepas. Dibarisi oleh Hajar (GS), Mira (GA), Shikin (wa) Annum (C), Fateen (WD), Yong (GD) and Piah (GK) menunjukkan prestasi yang sangat memberangsangkan di dalam kejohanan pertama mereka menyarung jersi COBRA..

COBRA Juara di Kejohanan Bola Jaring Terbuka Puteri UMNO Malaysia

Kolaborasi pertama kali antara Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Cobra, MySihat dan Pergerakan Puteri UMNO Wilayah Persekutuan menganjurkan Kejohanan Bola Jaring Terbuka Puteri UMNO Malaysia 2012 nampaknya beroleh kejayaan cemerlang

COBRA dominasi Karnival Bola Jaring Harian Metro Zon Tengah

COBRA bukan sahaja menjadi pasukan yang menghantar kontijen terbesar ke Karnival Bola Jaring Harian Metro bagi Zon Tengah, bahkan mendominasi kejohanan itu dengan tiga kemenangan.

Latest Posts


1st November 2011- Tahun 2011 terus menjadi tahun kebangkitan COBRA apabila satu demi satu kejohanan utama bola jaring tanah air mula menjadi genggaman COBRA.

Selepas mengejutkan pasukan dominan bola jaring lelaki, Royale pada Kejohanan Kompleks Sukan Negara (KSN) dengan mata 14-6 untuk bergelar johan, rentak sang juara diteruskan pula dalam Kejohanan Antarabangsa USM Open.


Berlangsung di padang Stadium USM pada 23-24 Oktober lalu, kesebelasan utama COBRA Alpha membuktikan apa yang dicapai di KSN bukan sekadar nasib atau kebetulan apabila bergaya menumbangkan Royale menerusi jaringan 12-9.


Tidak pernah mendabik dada dengan setiap kemenangan yang dicapai sebelum ini, COBRA Alpha sememangnya beraksi berhabis-habisan sejak peringkat kumpulan lagi yang menyaksikan mereka bersama dengan pasukan Phoenix A dan Reborn.

Menjadi juara kumpulan COBRA Alpha bertarung dengan Phoenix B untuk peringkat suku akhir sebelum bertemu dengan Legend pada peringkat separuh akhir.

Ternyata pertarungan dengan Legend lebih mendebarkan apabila COBRA Alpha pada separuh masa pertama ketinggalan 4-2. Namun, barisan tengah yang dikemudi oleh Kie and Ashie, bahagian pertahanan dibenteng oleh Azree, Doul dan Ucop mankala jentera serangan dipacu oleh Rizal dan Lim ternyata Alpha segera bangkit. Akhirnya dengan kesungguhan yang tidak kenal erti lelah COBRA Alpha menewaskan Legend dengan mata 9-8.


Menyorot semua perjalanan COBRA ke USM Pulau Pinang, keluarga COBRA seramai hampir 40 orang bertolak dari Country Heights Kajang itu sebenarnya turut menghantar tiga lagi pasukan untuk beraksi pada kejohanan antarabangsa tersebut. Pasukan COBRA Bravo dan Charlie masing-masing menjadi naib johan bagi peringkat kumpulan masing-masing. Bagaimanapun, mereka terkandas pada peringkat suku akhir. Bravo kecundang di tangan Legend manakala Charlie ditunjuk jalan keluar oleh pasukan Pheonix B.


Pasukan wanita COBRA iaitu Angels sebenarmya menunjukkan mutu dan gaya permainan yang tinggi dalam kejohanan ini. Diketuai oleh pemain GS, Hajar Bamuchi, Angels bergelar johan pada peringkat kumpulan.

Bagaimanapun, nasib tidak meneyebelahi mereka apabila aksi suku akhir mempertemukan Angels dengan pasukan gergasi dari selatan iaitu pasukan Sekolah Sukan Bandar Penawar yang juga merupakan naib johan kejohanan tersebut. COBRA Angels tewas dengan mata 12-7.


Selain menjuari kategori terbuka lelaki, Pasukan University Malaya yang terdiri dari pemain-pemain COBRA serta Shaharezan selaku ketua jurulatih berjaya merampas semula kejuaraan kategori IPT yang terlepas dari genggaman mereka tahun lepas dari UKM. Pemain Cobra, Zizan telah diumumkan sebagai pemain terbaik kategori IPT.

Kejayaan COBRA Alpha dan University Malaya merupakan kejayaan berganda bagi ketua jurulatih kedua-dua pasukan iaitu Shaharezan setelah terlepas kedua-dua trofi kejohanan tahun lepas. Kejayaan ini mengulangi kejayaan mereka pada tahun 2009.

Secara keseluruhannya, delegasi kali ini boleh dikatakan antara delegasi keluar dari Kuala Lumpur yang paling cemerlang apabila selain membawa pulang piala kejuaraan, setiap pasukan melepasi peringkat kumpulan.

Selain bersukan seperti biasa keluarga COBRA sentiasa penuh dengan aktiviti menarik sepanjang di Pulau Mutiara. Selain berkunjung ke Chowrasta, makan nasi kandar Line Clear, beramai- ramai menonton wayang di Bukit Jambul dan jalan-jalan di Gurney, terima kasih kepasa KZ dan Bang Long yang menaja sesi meraikan kemenangan dengan makan besar di Padang Kota.

Biarpun penat namun, keseronokan dan kejyaan dicapau di Pulau Pinang ternyata mengatasi segalanya. Terima kasih dan tahniah kepada semua yang menjayakan delegasi kali ini yang memberi komitmen tanpa berbelah bagi.

Syabas COBRA.

"Netball for All"

Nukilan : Zamri Rambli


Leave a Reply