KSN NETBALL TOURNAMENT- COBRA ALPHA JUARA

26 Julai 2011 – Tahniah COBRA Alpha! Tiada kata-kata yang terucap sebaik pasukan COBRA Alpha berjaya menjulang gelaran Juara bagi Kejohanan KSN 2011 di Stadium Juara, Bukit Kiara Ahad lalu.

COBRA - JUARA USM-PENANG INTERNATIONAL NETBALL OPEN 2011

1st November 2011- Tahun 2011 terus menjadi tahun kebangkitan COBRA apabila satu demi satu kejohanan utama bola jaring tanah air mula menjadi genggaman COBRA. Selepas mengejutkan pasukan dominan bola jaring lelaki, Royale pada Kejohanan Kompleks Sukan Negara (KSN) dengan mata 14-6 untuk bergelar johan, rentak sang juara diteruskan pula dalam Kejohanan Antarabangsa USM Open.

COBRA ANGELS –Naib Juara Hari Belia Selangor 2011

16th May 2011- Tahniah diucapkan kepada pasukan COBRA Angels yang telah menjadi naib juara di Kejohanan Bola Jaring Hari Belia Selangor 2011 yang telah berlansung pada sabtu lepas. Dibarisi oleh Hajar (GS), Mira (GA), Shikin (wa) Annum (C), Fateen (WD), Yong (GD) and Piah (GK) menunjukkan prestasi yang sangat memberangsangkan di dalam kejohanan pertama mereka menyarung jersi COBRA..

COBRA CHARLIE Naib Juara UniMAP

19hb April 2011- Dua perkataan ini mungkin yang paling sesuai menggambarkan perjalanan COBRA ke Unimap - penuh drama dan mendebarkan.

HARIAN METRO NETBALL TOURNAMENT- COBRA ALPHA NAIB JUARA

6 Julai 2011 – Diari 2011 COBRA sekali lagi melakar kejayaan apabila pasukan COBRA Alpha berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir sekali gus menjulang gelaran Naib Juara pada Karnival Bola Jaring Harian Metro 2011 yang diadakan di Batu Berendam, Melaka baru baru ini.

Latest Posts


15th November 2011,


Merak kayangan cantik berseri
Terbang dilangit ke bintang kejora
Menjulang johan pantun bestari
Tahniah Piyan kebanggaan COBRA

Tinggi cantik Hajar Bamuchi
Buatkan hati mabuk ke payang
Keluarga COBRA ke angkasapuri
Memberi sokongan buat Piyan tersayang


Auditorium Angkasapuri, RTM malam 14 November lalu, menjadi saksi kepada kehebatan seorang ahli COBRA, Mohd Shayrul Sopian aka Piyan yang mewakili Universiti Malaya (UM) dalam pertandingan pantun Bestari antara universiti seluruh Malaysia.

Menjadi pemantun ketiga dengan kelunakan suara jantannya, Piyan membantu memikat hati juri untuk menjulang UM selaku johan dalam pertandingan pantun itu. Pasukan UM berjaya menewaskan pasukan UIAM yang tidak kurang hebat memberi saingan.

Bak sebuah keluarga, ternyata sokongan dan kasih sayang sesama ahli COBRA bukan hanya terhad kepada bola jaring sahaja. Lebih 15 orang ahli keluarga COBRA seperti Koi, Kie, Shah, Abg Long, Airry and keluarga, Ashie, Nana, Wana, Doul, Zizan, Azree, Ejam and Zamri meluangkan masa untuk memberi sokongan padu kepada Piyan.

Untuk Piyan dan semua keluarga pemantun UM, sekalung tahniah dari kami famili COBRA.

Syabas Piyan!

Nukilan : Zamri Rambli

"Netball For All"


.

Leave a Reply