KSN NETBALL TOURNAMENT- COBRA ALPHA JUARA

26 Julai 2011 – Tahniah COBRA Alpha! Tiada kata-kata yang terucap sebaik pasukan COBRA Alpha berjaya menjulang gelaran Juara bagi Kejohanan KSN 2011 di Stadium Juara, Bukit Kiara Ahad lalu.

COBRA - JUARA USM-PENANG INTERNATIONAL NETBALL OPEN 2011

1st November 2011- Tahun 2011 terus menjadi tahun kebangkitan COBRA apabila satu demi satu kejohanan utama bola jaring tanah air mula menjadi genggaman COBRA. Selepas mengejutkan pasukan dominan bola jaring lelaki, Royale pada Kejohanan Kompleks Sukan Negara (KSN) dengan mata 14-6 untuk bergelar johan, rentak sang juara diteruskan pula dalam Kejohanan Antarabangsa USM Open.

COBRA ANGELS –Naib Juara Hari Belia Selangor 2011

16th May 2011- Tahniah diucapkan kepada pasukan COBRA Angels yang telah menjadi naib juara di Kejohanan Bola Jaring Hari Belia Selangor 2011 yang telah berlansung pada sabtu lepas. Dibarisi oleh Hajar (GS), Mira (GA), Shikin (wa) Annum (C), Fateen (WD), Yong (GD) and Piah (GK) menunjukkan prestasi yang sangat memberangsangkan di dalam kejohanan pertama mereka menyarung jersi COBRA..

COBRA Juara di Kejohanan Bola Jaring Terbuka Puteri UMNO Malaysia

Kolaborasi pertama kali antara Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Cobra, MySihat dan Pergerakan Puteri UMNO Wilayah Persekutuan menganjurkan Kejohanan Bola Jaring Terbuka Puteri UMNO Malaysia 2012 nampaknya beroleh kejayaan cemerlang

COBRA dominasi Karnival Bola Jaring Harian Metro Zon Tengah

COBRA bukan sahaja menjadi pasukan yang menghantar kontijen terbesar ke Karnival Bola Jaring Harian Metro bagi Zon Tengah, bahkan mendominasi kejohanan itu dengan tiga kemenangan.

Latest Posts

15th December 2011- Dua minggu yang lepas, AL telah menjemput warga Cobra untuk sama-sama memeriahkan acara makan buah sempena musim buah durian di Kampung halamannya di Chikus, Perak.

Seawal jam 9 pagi kami telah berkumpul di RnR Jejantas Sg Buluh bersarapan sebelum bertolak secara konvoi lima buah kereta menuju ke pekan Bidor dan seterusnya ke Chikus, Perak.

Ketibaan kami disambut penuh ramah sekali oleh kedua ibu dan bapa AL. Suasana kampung yang sungguh mendamaikan dikelilingi oleh bendang, pokok rambutan yang rimbun dengan buahnya, manggis dan paling teruja melihat beberapa timbunan durian yang juga seolah-olah menyambut kedatangan kami seramai 16 orang.

Keterujaan masing-masing jelas terpancar apabila kesemuanya puas menikmati kesedapan durian kampung segar dari kebun AL. Diselangi dengan kenikmatan buah rambutan dan manggis yang manis dan sedap.


Kami kemudiannya dijamu dengan makanan tengah hari sepenuhnya lauk pauk kampung yang disediakan oleh ibu AL. Ulam ulaman semula jadi yang ditanam sendiri oleh keluarga AL seperti ulam raja, kacang botol dan petai ditambah lagi dengan adanya sambal tempoyak yang sungguh menyelerakan. Terdapat juga hidangan ikan darat iaitu ikan puyu Dan ikan sepat serta telor masin yang juga dibuat sendiri oleh mereka.

"korang semua diberi masa 20 minit sahaja untuk punggah buah buahan dalam kereta masing-masing sekarang!" usik Ashie pada rakan-rakan cobra yang lain untuk memberitahu destinasi seterusnya untuk kami pergi iaitu Kolam Air Panas Sungai Klah di Sungkai.
Pelbagai aksi dan ragam dapat dilihat seperti dengan spontan ashie, ocha dan nana memanjat pokok untuk memetik buah manggis disamping gelagat Ucop dan Piyan yang sungguh berhati2 memetik buah rambutan. Jelas terpancar keseronokan kesemua ahli-ahli cobra.


Sebelum bertolak, kami dihidangkan dengan minuman teh. Terima kasih banyak kepada AL kerana sudi menjemput kami bertandang dan menikmati suasana kampung dan makanan semua sedap-sedap belaka serta keramahan dan layanan ahli keluarga AL yang tidak mungkin kami lupa sampai bila-bila. Terima kasih sekali lagi AL.


Berikut merupakan beberapa keping gambar aktiviti di Hot Spring Sg Klah di Sungkai yang perjalanannya dari rumah AL mengambil masa selama 40 minit. Tiket masuk RM12/seorang.


Kami bergerak pulang ke KL tepat jam 6 petang. Terima kasih kepada semua yang terlibat. [AL,Ucop, Piyan, Hajar, Lin, Fateen, Ida, Koi, Dol, Ocha, Hudzir, Ibby, Ashie, Ayie, Azree, Nana dan Babang]. Aktiviti mingguan seperti ini adalah salah satu aktiviti Cobra untuk lebih mengeratkan hubungan kekeluargaan antara satu sama lain.

One Response so far.

Leave a Reply