KSN NETBALL TOURNAMENT- COBRA ALPHA JUARA

26 Julai 2011 – Tahniah COBRA Alpha! Tiada kata-kata yang terucap sebaik pasukan COBRA Alpha berjaya menjulang gelaran Juara bagi Kejohanan KSN 2011 di Stadium Juara, Bukit Kiara Ahad lalu.

COBRA - JUARA USM-PENANG INTERNATIONAL NETBALL OPEN 2011

1st November 2011- Tahun 2011 terus menjadi tahun kebangkitan COBRA apabila satu demi satu kejohanan utama bola jaring tanah air mula menjadi genggaman COBRA. Selepas mengejutkan pasukan dominan bola jaring lelaki, Royale pada Kejohanan Kompleks Sukan Negara (KSN) dengan mata 14-6 untuk bergelar johan, rentak sang juara diteruskan pula dalam Kejohanan Antarabangsa USM Open.

COBRA ANGELS –Naib Juara Hari Belia Selangor 2011

16th May 2011- Tahniah diucapkan kepada pasukan COBRA Angels yang telah menjadi naib juara di Kejohanan Bola Jaring Hari Belia Selangor 2011 yang telah berlansung pada sabtu lepas. Dibarisi oleh Hajar (GS), Mira (GA), Shikin (wa) Annum (C), Fateen (WD), Yong (GD) and Piah (GK) menunjukkan prestasi yang sangat memberangsangkan di dalam kejohanan pertama mereka menyarung jersi COBRA..

COBRA Juara di Kejohanan Bola Jaring Terbuka Puteri UMNO Malaysia

Kolaborasi pertama kali antara Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Cobra, MySihat dan Pergerakan Puteri UMNO Wilayah Persekutuan menganjurkan Kejohanan Bola Jaring Terbuka Puteri UMNO Malaysia 2012 nampaknya beroleh kejayaan cemerlang

COBRA dominasi Karnival Bola Jaring Harian Metro Zon Tengah

COBRA bukan sahaja menjadi pasukan yang menghantar kontijen terbesar ke Karnival Bola Jaring Harian Metro bagi Zon Tengah, bahkan mendominasi kejohanan itu dengan tiga kemenangan.

Latest Posts

BERMULA daripada bawah sebagai pemain dalam dunia sukan yang didominasi kaum Hawa, Shaharezan kini disegani sebagai jurulatih untuk beberapa buah kelab sukan.

BERGIAT aktif menyertai pelbagai lapangan sukan sewaktu zaman persekolahan menjadi penggerak utama pemuda ini kembali semula kepada rutin lama itu meskipun kini sibuk dengan kerjaya selaku eksekutif kanan di sebuah syarikat swasta di ibu negara.

Mengimbas kembali memori zaman persekolahan, Shaharezan Shahadin, 34, berkata, dia merupakan seorang pelajar yang aktif bersukan dan pernah beberapa kali mewakili sekolah untuk menyertai pelbagai jenis pertandingan seperti bola tampar, badminton dan ping pong.

Namun, tatkala melangkah kaki ke universiti, semua itu hilang dan perhatian Sharezan hanya bertumpu kepada akademik semata-mata.

“Semasa di universiti, saya berhenti bersukan dan fokus saya hanya pada pelajaran sahaja. Tidak lama selepas tamat pengajian, secara tidak sengaja, seorang rakan telah menghubungi saya dan menyuarakan hasrat untuk membentuk sebuah pasukan bola jaring lelaki.

“Saya memang berminat, tetapi pada mulanya pelik juga bila mendapat tahu hasrat rakan untuk membentuk pasukan bola jaring lelaki. Ada beberapa lagi rakan yang turut serta pada awal penubuhan pasukan kami yang ketika itu cuma ada lebih kurang 10 ahli sahaja,” katanya ketika ditemui di Wangsa Maju, baru-baru ini.

Kini peristiwa itu sudah hampir enam tahun berlalu dan Shaharezan kini bukan sahaja mahir di atas gelanggang, malah sudah bergelar jurulatih untuk 60 ahli yang bernaung di bawah nama Kelab Belia Rakyat Aktif (Cobra).

Menariknya Cobra kini bukan lagi kelab yang disertai oleh kaum Adam sahaja sebaliknya turut menarik minat hampir 25 orang kaum Hawa dengan latar belakang yang pelbagai termasuk pelajar.

“Sebelum saya bergelar jurulatih, Cobra pernah menjalani latihan tanpa tunjuk ajar mana-mana pihak. Tidak lama selepas itu, kami menetapkan hasrat untuk bermain secara serius dan melantik jurulatih selama satu tahun setengah.

“Selepas itu, saya mengambil keputusan untuk mengambil kursus teknik asas bola jaring di bawah Persatuan Pengadil Bola Jaring Wilayah Persekutuan. Sudah dua tahun saya mengikuti kursus itu dan menduduki pelbagai peperiksaan,” jelas pemuda yang juga diiktiraf sebagai pengadil untuk pelbagai kejohanan bola jaring di peringkat daerah.

Menjalani latihan tiga kali seminggu bersama Cobra, Shaharezan turut bertindak selaku jurulatih kepada pasukan bola jaring Lembaga Tabung Angkatan Tentera dan Universiti Malaya mengikut sesi yang ditetapkan.

Menariknya, ketika kebanyakan pasukan lain menggunakan khidmat jurulatih wanita yang mungkin lebih berpengalaman, Cobra di bawah tunjuk ajar Shaharezan ternyata antara pasukan yang paling digeruni di pentas sukan bola jaring.

Untuk tahun 2011 sahaja, Shaharezan telah menjulang Cobra dengan beberapa kejuaraan utama termasuk Pesta Bola Jaring Antarabangsa USM dan Kejohanan Bola Jaring Kompleks Sukan Negara (KSN).

Pasukan lelaki Universiti Malaya juga tidak kurang hebat apabila merangkul juara Pesta Bola Jaring Antarabangsa USM kategori universiti.

Leave a Reply