Latest Posts
Bola jaring sememangnya sinonim dengan wanita. Kini tahukah kamu, kaum adam juga telah mula berjinak-jinak dalam sukan ini dan bermain secara profesional namun dari sisi yang lebih agresif. Istilah 'malu' tiadalagi terpacul dan tiada lagi sempadan yang boleh memisahkan jiwa mereka dengan sukan ini. Ayuh bersama REMAJA mendekali sukan bola jaring lelaki yang semakin mendapat tempat di hati pencinta sukan ini.
Agak pelik apabila lelaki menyarungkan uniform bola jaring yang kebiasaannyadimainkan oleh remaja perempuan. Kini ia dilihat seperti perkara biasa apabila ramai yang telah membuka mata dan menerima sukan ini sehingga ia dimainkan diperingkat yang lebih tinggi. penglibatan kaum lelaki dalam sukan bola jaring bukanlah sesuatu yang perludipandang serong oleh masyarakat kerana sukan ini juga sama seperti sukan-sukan yang lain. Jika kita boleh menerima futsal wanita, kenapa kita perlu menyangkal kehebatan sukan bola jaring lelaki?
Menyorot kesedaran ini, muncul beberapa pasukan ternama yang menguasai gelanggang sukan bola jaring lelaki seperti Royale and Cobra. Pasukan hebat ini sering menjuarai pelbagai pertandingan di peringkat tinggi dan mereka juga dilihat sebagai tunggak utama dalam kuasa mendidik perintisbaru dalam areana sukan yang sedang bertatih naik ini.
Cabaran Getir
Dalam mengejar kelas tersendiri, pelbagai cabaran terpaksa dilalui sepanjang membawa sukan ini untuk terus dikenali. Cemuhan dan kitikan masyarakat bukan lagi perkara yang di ambil kira kerana semua yang dilemparkan kini telahpun terbukti dengan kejayaan yang diperoleh melalui sukan ini.
"Cabaran paling getir dalam mengetengahkan sukan bola jaring lelaki ini adalah kami selaku perintis pertama dalam sukan ini sukar mendapat kerjasama dan kepercayaan dari Persatuan Bola Jaring sendiri. Ia seolah-olah terdapat sempadan untuk mengetengahkan sukan bola jaring lelaki berbanding bola jaring wanita.
"Bagi saya, sekiranya ingin membawa sukan ini seiring dengan sukan popular lain, tidak perlulah rasanya menyekat golongan lelaki untuk terlibat dalam sukan ini. Persatuan juga perlu membuka mata seluas-luasnya demi kelangsungan sukan ini pada masa hadapan," ujur Shaharezan Shahadin, selaku Kapten pasukan Cobra.
Corak Permainan
Corak permainan bola jaringlelaki ini juga sama seperti corak permainan remaja perempuan, namun yang membezakannya adalah ketangkasan pemain-pemainnya. Sukan ini masih menggunakan tujuh orang pemain utama dan lima orang pemain simpanan untuk memenuhi gelanggang perlawanan. Corak permainan bola jaring lelaki cukup tangkas kerana kebanyakan mereka mempunyai tenaga yang kuat dan memberikan persembahan yang lebih konsisten.
"Apabila lelaki berada di gelanggang bola jaring, kebanyakan mereka bukan sahaja tinggi dari segi fizikal, malah kekuatan dan kelincahan mereka memang luar biasa berbanding pemain wanita. Senang cerita, belum cuba belum tahu. Kita jangan mudah melemparkan sebarang kritikan mahupun memandang rendahterhadap golongan lelaki yang bermain bola jaring ini." ujur Shah serius.
Laluan Kejayaan
Salah satu pasukan yang semakin hari semakin hebat meniti kejayaan dalam sukan bola jaring lelaki ini ialah pasukan COBRA yang sudi berkongsi serba sedikit pengalaman mereka sepanjang berkecimpung dalam sukan hebat ini. Pasukan Cobra adalah kumpulan yang didaftarkan di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dan bergerak aktif serta banyak menyertai pelbagai pertandingan bola jaring lelaki sejak awal 2009 sehingga kini. Mereka mengetengahkan moto "Bola Jaring Untuk Semua" sebagai lambang pasukan mereka yang terdiri dari pelbagai bangsa.
"Sememangnya COBRA bermula dengan kekecewaan demi kekecewaan pada awal pembabitan. Namun, selepas lebih lima tahun, Cobra disegani dan digeruni kerana kami mendominasi banyak kejohanan utama yang dianjurkan. Sekadar menyenaraikan beberapa kojohanan yang berjaya menobatkan nama COBRA termasuklah menjuarai Pesta BolaJAring Universiti Sains Malaysia 2011, Kejohanan Bola Jaring Kompleks Sukan Negara 2011, Kejohanan Pesta Bola Jaring Univesiti Sains Malaysia 2009 dan Kejohanan Bola Jaring Terbuka Legend 2009" jelas anak muda berusia 34 tahun ini.
Lebih Pendedahan.
Sukan ini diharapkan mampu berdiri sama tinggi dengan sukan-sukan popular yang lain. Malah Shah juga mengharapkan tiada lagi suara-suara sumbang yang mengatakan sukan ini untuk golongan yang "lembut" sahaja.
"Saya amat berharap agar sukan ini terus diterima dan mendapat lebih pendedahan daripada semua pihak. Berilah pelung untuk untuk sukan ini diiktiraf sehingga ke peringkat antarabangsa. Selain dapat memupukgaya hidup sihat, ia juga mampu meningkatkan kualiti suka negara kita,: akhiri Shah ketika ditemu bual bersama REMAJA.
Petikan dari Majalah REMAJA Edisi Januari 2012
Categories:
